web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penternak Lembu Di Batu Gajah Bimbang Kes Ternakan Dicuri Semakin Berleluasa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2023 7:07PM

30 penternak di Kinta Valley menggesa mengambil tindakan segera selepas mendakwa kes kecurian ternakan semakin berleluasa dan tidak berkesudahan. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU GAJAH - Kira-kira 30 penternak di Kinta Valley dekat sini bimbang selain kecewa, apabila mendakwa kes kecurian ternakan semakin berleluasa dan tidak berkesudahan.

Mereka dianggarkan mengalami kerugian kira-kira RM1.3 juta, apabila lebih 260 ekor lembu mereka hilang, dipercayai dicuri dalam tempoh tiga tahun lepas.

Seorang penternak K. Kaviyarasan, 38, berkata dalam tempoh tiga tahun lalu sahaja, sebanyak 120 lembu dan 80 kerbau miliknya hilang, melibatkan kerugian kira-kira RM1 juta.

“Keluarga saya sahaja sudah buat hampir 10 laporan polis di Balai Polis Batu Gajah dan Kampar, dan kita tak boleh nak pagar kawasan kerana ia lagi memudahkan pencuri kerana ternakan berkumpul dalam suatu tempat.

“Saya bimbang jika ia tidak dibendung segera, 1,000 lembu dan 500 kerbau yang saya ternak akan mengalami nasib sama, kerana kawasan padang ragut luas melibatkan Kampar, Malim Nawar dan Batu Gajah," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, seorang penternak Nazri Zakaria, 38, berkata kebanyakan penternak semakin hilang sabar dengan keadaan yang berlaku dan meminta pihak berkuasa melakukan sesuatu dan bertindak tegas. 

“Kita telah serahkan kes kepada pihak polis dan 11 suspek telah dibebaskan kemudian, malah kes tidak berpihak kepada kami, namun kami amat berharap kes seperti ini tidak berulang,” katanya.

Bagi seorang lagi penternak Pang Kee Kheong, 70, pencuri menggunakan tiga kaedah untuk menangkap lembu, iaitu menggunakan tali bagi menangkap lembu yang jinak, menggunakan suntikan ubat pelali dan menembak bagi lembu liar.

Pang berkata sudah lebih 50 ekor lembunya dicuri pihak tidak bertanggungjawab dan kebiasaannya mereka akan menjual semula hasil curi itu dengan harga murah kepada orang tengah, untuk dijual kepada pengguna. 

“Mereka perlu sembelih segera dan lapah untuk hilangkan kesan atau tanda yang ada pada kulit lembu dengan segera, untuk mengelak dikesan pemilik asal," katanya. 

Selain itu, Ketua Urusetia Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional Perak Mohd Rawi Abdullah berkata pihaknya menerima banyak aduan berhubung kes kecurian terbabit. 

“Kita akan hantar surat ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan lanjut, kerana ia sudah berlarutan agak lama dan kerugian yang ditanggung penternak agak besar,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar