Berita Terkini

41 minit yang lalu: Ahmad Faizal Pengerusi PN Negeri Sembilan yang baharu 42 minit yang lalu: APG 2023: Atlet para di landasan tepat capai 33 pingat emas 43 minit yang lalu: Dialog Shangri-La 3 hari bermula di Singapura 44 minit yang lalu: Aliran penumpang udara naik 45.8 peratus pada April, domestik pulih - IATA 45 minit yang lalu: GP di 10 daerah dipelawa sertai program rintis Skim Perubatan MADANI

IKUTI KAMI


Harimau Kumbang Mati Dilanggar MPV

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2023 7:11AM

Akibat pelanggaran, harimau kumbang itu sempat bergerak ke longkang berhampiran kira-kira empat meter namun mati di lokasi tersebut. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Seekor harimau kumbang jantan dewasa seberat 40 kilogram mati akibat dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 19, Jalan Seremban-Simpang Pertang, dekat Bukit Tangga, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Maslan Udin berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, pemandu MPV jenis Honda Odyssey itu yang dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun bersama keluarganya sedang dalam perjalanan dari arah Seremban ke Kuala Klawang. 

“Setibanya di tempat kejadian iaitu ketika melalui selekoh kanan menuruni bukit di lokasi tersebut, harimau kumbang berkenaan secara tiba-tiba melintas dari arah kanan jalan menyebabkan lelaki itu tidak sempat mengelak dan melanggar binatang itu.

“Akibat pelanggaran, harimau kumbang itu sempat bergerak ke longkang berhampiran kira-kira empat meter namun mati di lokasi tersebut. Lelaki berkenaan dan keluarganya pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata bangkai harimau kumbang itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan untuk tindakan selanjutnya.

Video kejadian itu turut tular di laman sosial. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Perhilitan Perak Sahkan Kehadiran Harimau Belang Di Bukit Berekeh

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Ular Sawa Seberat 150kg Ditangkap Di Mersing

3

Selebriti 1 bulan yang lalu

Tak Sempat Selesaikan Penggambaran Siri ‘Wedding Impossible’, Jung Chae Yul Sudah Meninggal Dunia!

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Pembantu Tukang Masak Disyaki Sebabkan Kematian Majikan Ditahan

Sorotan

1

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

2

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

3

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Warga Emas Maut Disyaki Didera Anak, Menantu

oleh Wartawan Getaran

Politik 31 minit yang lalu

Muhyiddin Juga Sedia Bekerjasama Semula Dengan Tun M

oleh Susan Albert

Semasa 1 hari yang lalu

Kepercayaan, Saling Menghormati Tingkatkan Hubungan Malaysia-China - Pakar

Sukan 23 jam yang lalu

Tiket Perlawanan Persahabatan Harimau Malaya Mula Dijual Hari Ini