web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Inisiatif Menu Rahmah Tidak 'Dingin' Masih Dapat Sambutan - Salahuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2023 9:07PM

Salahuddin berkata semenjak Menu Rahmah dilancarkan pada 27 Januari lepas, pelbagai pihak industri seperti pengusaha kedai makanan dan pasar raya masih meneruskan inisiatif itu sehingga kini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Inisiatif Menu Rahmah yang diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) masih mendapat sambutan yang menggalakkan dan tidak “dingin” seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata hal ini kerana semenjak ia dilancarkan pada 27 Januari lepas, pelbagai pihak industri seperti pengusaha kedai makanan dan pasar raya masih meneruskan inisiatif itu sehingga kini.

Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub

“Pihak industri seperti pengusaha kedai makanan dan pasar raya dan sebagainya kita lihat apabila sudah masuk (sertai) inisiatif Menu Rahmah, mereka tidak keluar setakat ini.

''Saya juga turun padang dan dapati inisiatif ini masih ditunjangi oleh pemain industri dan malah bertambah lagi,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Insiatif Payung Rahmah Bersama MOG Eyewear di pusat beli belah Johor Bahru City Square, di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah KPDN Johor Lilis Saslinda Pornomo.

Salahuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa insiaitif Menu Rahmah kini semakin dingin dan kurang mendapat sambutan. 

Beliau berkata sambutan inisiatif Menu Rahmah dapat dilihat menerusi beberapa penyertaan baharu seperti Foodpanda Malaysia yang meluaskan capaian Menu Rahmah kepada rakyat negara ini.

Secara keseluruhannya, beliau berkata kepelbagaian inisiatif Rahmah juga adalah semakin meluas, antaranya tawaran Menu Rahmah untuk pelajar institusi pengajian tinggi dan terbaharu kerjasama dengan syarikat menjual cermin mata MOG Eyewear.

Terdahulu, Salahuddin berkata MOG Eyewear di bawah pengurusan Metro Optical Group itu, antaranya menawarkan harga pakej Rahmah bagi pembelian cermin mata pada harga RM50 dan RM100.

Selain itu katanya, MOG Eyewear yang mempunyai 96 buah kedai seluruh negara, turut menawarkan pakej naik taraf kanta kepada blue cut lens dengan pelindungan sinaran ultraungu pada harga RM100, dengan pembelian salah satu daripada pakej pembelian cermin mata. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad