web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN: UMNO Punyai Pendekatan Tertentu Dalam Santuni Pengundi Parti - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2023 4:53PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MACHANG - UMNO mempunyai pendekatan tertentu dalam menyantuni pengundinya untuk menyokong parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.

Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara sama pernah dilakukan UMNO di dalam Barisan Nasional (BN) dan kali ini ia dilakukan atas dasar kebersamaan parti-parti yang mendukung Kerajaan Perpaduan.

“Dahulu pengundi-pengundi UMNO, ertinya pengundi BN turut menyokong calon-calon daripada MCA, MIC, serta parti-parti (komponen) lain yang ada dalam BN.

“Kaedah yang sama digunakan bukan kerana nama parti, tetapi atas rasa kebersamaan parti-parti yang ada dalam Kerajaan Perpaduan,” kata Pengerusi BN itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Felcra Berhad di Bukit Tiu, di sini hari ini, yang turut dihadiri, Pengerusi Felcra Berhad Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Mengenai senarai calon bagi enam PRN itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata parti itu telah mempunyai senarai pendek calon, selepas perbincangan diadakan bersama Pengerusi Perhubungan BN di enam negeri terbabit.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN tahun ini ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar