web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak 11 Tahun, Remaja Lelaki Ditemukan Lemas Di Sungai Masai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2023 2:54PM

Anggota bomba dan penduduk setempat menjalankan misi SAR selepas seorang kanak-kanak dan remaja terjatuh di Sungai Masai berhampiran Pangsapuri Sri Intan, Bandar Seri Alam, malam tadi. - Gambar ihsan Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR GUDANG - Seorang kanak-kanak dan seorang remaja lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh di Sungai Masai berhampiran Pangsapuri Sri Intan, Bandar Seri Alam di sini, malam tadi. 

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Penolong Penguasa Bomba Sarhan Akmal Mohamad berkata mangsa dikenali sebagai Mohd Danish Ahmad, 11, dan Zahir Ajmal Mohd Idris, 13.

Beliau berkata Pasukan Keluaran Operasi melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan mangsa dilaporkan hilang dengan menggunakan teknik 'surface searching' serta selaman oleh pasukan penyelamat di air (PPDA).

"Mohd Danish berjaya dijumpai kira-kira pukul 5.06 pagi, manakala Zahir Ajmal dijumpai pada pukul 7.38 pagi pada jarak 50 meter dari lokasi mangsa dipercayai lemas, dan kedalaman air dianggarkan kira-kira tiga meter.

"Jenazah mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 8.33 pagi, " katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Terdahulu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.31 malam sebelum 13 anggota dari BBP Pasir Gudang dan enam anggota PPDA dari BBP Skudai digegaskan ke lokasi kejadian. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar