web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Kalimah Allah: Persembah Cadangan Kepada Majlis Raja-Raja Bukti Kerajaan Lindung Kesucian Islam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2023 9:30AM

Hasanuddin Mohd Yunus - Gambar dari Alhijrah Online

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan untuk mempersembahkan cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah ‘Allah’ kepada Majlis Raja-Raja membuktikan komitmen Kerajaan Perpaduan melindungi kesucian Islam di samping memperkuatkan perpaduan dan keharmonian antara kaum dan agama di Malaysia.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata ia juga memberi peluang untuk memperkemaskan lagi dasar sedia ada berkaitan penggunaan kalimah itu selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Usaha kerajaan itu (persembahkan cadangan) membuktikan Kabinet tidak berkompromi dalam mempertahankan kesucian Islam dan kedaulatan undang-undang atau enakmen berkaitan agama Islam di negeri-negeri.

“Ini akan menjadikan penguatkuasaan terhadap penggunaan kalimah-kalimah tertentu yang hanya boleh digunakan oleh orang Islam dapat diperkemaskan dan dikuatkuasakan dengan sebaiknya,” katanya kepada Bernama.

Beliau yakin apabila kerajaan membentangkan dokumen mengenai cadangan berkenaan, pengkuatkuasaannya akan lebih tegas dan jelas tanpa mengenepikan hak serta kebebasan individu bukan Islam untuk mengamalkan agama masing-masing.

“Kita tak boleh menafikan mungkin ada kelonggaran dalam penguatkuasaan oleh pihak yang diberikan kuasa, jadi melalui cadangan itu nanti, Kabinet akan beri teguran dan nasihat kepada mereka (pihak berkuasa).

“Kerajaan berada dalam track yang betul, untuk membetulkan kekeliruan dan bukti ada kebebasan orang bukan Islam mengamalkan agama masing-masing, tetapi juga ‘amaran’ bahawa mereka (bukan Islam) tak boleh sebarkan agama (mereka) kepada orang yang tak sepatutnya,” katanya.

Terdahulu hari ini, Kabinet telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempersembahkan cadangan mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah ‘Allah’ kepada Majlis Raja-Raja. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam kenyataan berkata kerajaan akan sentiasa mempertahan Perlembagaan Persekutuan terutama Perkara 3 berhubung agama Islam adalah agama Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai

Perkara itu antara yang dibincangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini berhubung keputusan Peguam Negara untuk menarik balik rayuan terhadap kes Jill Ireland Lawrence Bill berhubung bahan penerbitan yang mengandungi kalimah ‘Allah’.

Pada 15 Mei lepas, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan Malaysia dilaporkan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 5 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini