web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selangor Kekal Larang Kalimah Allah Digunakan Agama Lain

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2023 4:10PM

Amirudin Shari - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selangor kekal dengan pendirian melarang penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, larangan tersebut selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, selaku ketua agama Islam negeri berkenaan.

Menurut beliau, pentadbirannya menjunjung kemas titah baginda itu yang dizahirkan pada 23 Mac 2021.

“Ini adalah selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur melawan Menteri Dalam Negeri pada tahun 2014, serta fatwa yang diwartakan di Negeri Selangor pada 18 Februari 2010 berkaitan dengan perkara yang sama,” katanya.

Amirudin berkata, kerajaan negeri mengambil maklum penjelasan Kementerian Dalam Negeri dan perakuan berhubung enakmen negeri-negeri yang terkait dengan perkara berkenaan.

“Kami ingin menyatakan komitmen bahawa hak dan enakmen negeri khususnya yang melibatkan isu ini yang diperuntukkan di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam (Pengawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam, 1988) akan terus dipertahankan.

“Ini bermaksud perkembangan ini tidak akan menjejaskan atau mengancam pendirian kerajaan negeri berhubung penggunaan kalimah Allah,” katanya.

Tegas beliau, kerajaan negeri teguh melindungi kepentingan serta sensitiviti bahawa kepercayaan agama harus dihormati.

“Ia tidak seharusnya menggugat keharmonian atau perpaduan yang telah dibina dan menjadi asas kepada negeri Selangor Darul Ehsan,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, Jemaah Menteri telah menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan cadangan kepada Majlis Raja Raja bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung penggunaan kalimah Allah.

Jelas beliau, cadangan tersebut adalah untuk memperkukuh perpaduan dan keharmonian antara kaum dan agama di Malaysia.

“Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah membincangkan keputusan Peguam Negara untuk menarik balik rayuan terhadap kes Jill Ireland berhubung bahan penerbitan yang mengandungi kalimah ‘Allah’,” katanya.

Media dua hari lalu melaporkan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan, penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah 'Allah' dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021, selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill yang memohon perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan. - Getaran, 17 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

4

Gaya 6 bulan yang lalu

Magika Studios Tarikan Eko-Pelancongan Dan Edutainment Baharu Di Selangor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad