Berita Terkini

1 jam yang lalu: Pindahan pesakit guna tangga di hospital Melaka ekoran kerosakan luar lif 1 jam yang lalu: Ketua Polis Pulau Pinang tidak tunduk dengan ugutan 1 jam yang lalu: Sukan APG Kemboja 2023 buka tirai dengan percikan bunga api 1 jam yang lalu: Pengeluaran ketam di Malaysia 16,000 tan metrik tahun 2022 1 jam yang lalu: JDT selesaikan pusingan pertama Liga Super 2023 dengan rekod bersih

IKUTI KAMI


Tuntutan Palsu PenjanaKerjaya: Lebih Banyak Tangkapan Dalam Tempoh Terdekat

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 May 2023 7:08AM

Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memaklumkan, pihaknya difahamkan lebih banyak tangkapan susulan akan dilakukan dalam masa terdekat, berhubung kes tuntutan palsu Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) melalui Ops Hire 2.0

Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, justeru pihaknya akan terus bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam mengenal pasti pihak terbabit dalam kes berkenaan.

Malah, katanya, tangkapan dibuat SPRM kelmarin adalah kesinambungan daripada kerjasama strategik di antara PERKESO dan suruhanjaya itu untuk menangani pemalsuan tuntutan PenjanaKerjaya dalam Ops Hire yang dijalankan pada Julai 2022.

“Ini adalah usaha berterusan untuk mengesan pihak tidak bertanggungjawab dan PERKESO difahamkan banyak lagi tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat.

“PERKESO yang melaksanakan pemantauan, penganalisian data dan risikan berterusan, mendapati ada majikan mengemukakan tuntutan palsu insentif PenjanaKerjaya.

“Hasil daripada pemantauan dan risikan ini, senarai individu serta syarikat yang dikenal pasti diserahkan kepada SPRM untuk tindakan penguatkuasaan,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan dalam Ops Hire 2.0 adalah lebih luas meliputi seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak, berbanding Ops Hire yang dilaksanakan sebelum ini dengan hanya bertumpu di Semenanjung.

Menurutnya, selain penguatkuasaan, PERKESO juga sudah mengukuhkan sistem dalaman, proses dan tadbir urusnya.

Ujarnya, PERKESO turut mengetatkan kawalan prosedur sedia ada untuk memastikan hanya pihak layak mendapat insentif tersebut.

“PERKESO juga mengambil tindakan penggantungan bayaran selepas disyaki tuntutan palsu, berdasarkan penganalisian data dan pemantauan.

“Tuntutan sivil terhadap pihak terbabit juga dilaksanakan untuk mendapatkan semula dana disalah gunakan,” katanya.

Mohammed Azman berkata, PERKESO menasihatkan majikan dan penyedia latihan yang sudah membuat tuntuan palsu PenjanaKerjaya supaya menyerahkan semula bantuan insentif tersebut kepada PERKESO dengan segera, memandangkan tindakan penguatkuasaan SPRM dalam Ops Hire 2.0 masih berterusan.

“Kerjasama PERKESO dengan SPRM dalam membanteras penyelewengan dana insentif kerajaan sudah bermula sejak Program Subsidi Upah (PSU) dan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) diperkenalkan dalam tahun 2020,” katanya.

Ops Hire 2.0 ialah operasi bagi mengekang penyelewengan dan ketirisan dana kerajaan hasil tuntutan palsu yang dibuat pengarah syarikat menerusi program insentif PENJANA.

Ia adalah lanjutan daripada Op Hire 1.0 yang dilaksanakan pada 2022 lalu di seluruh negara dengan kerjasama PERKESO dan SPRM.

Terdahulu, media melaporkan seramai 47 pengarah syarikat ditahan SPRM berhubung tuntutan palsu berkaitan program PenjanaKerjaya.

Kesemua 14 wanita dan 33 lelaki berusia antara 30 hingga 70 tahun itu ditahan dalam Op Hire 2.0 di seluruh negara sejak petang kelmarin kerana mengemukakan tuntutan kepada PERKESO, kononnya mengendalikan program PenjanaKerjaya, tetapi ia tidak dilaksanakan.

Jumlah tuntutan dilaporkan terbabit setakat ini adalah antara RM450,000 hingga RM2 juta.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, kes itu disiasat di bawah seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

SPRM, katanya, mengambil tindakan tegas bagi mengekang penyelewengan dan ketirisan dana kerajaan yang dilihat sebagai isu serius, dengan ratusan syarikat lain dikenal pasti turut membuat tuntutan palsu. – Getaran, 17 Mei 2023

Sorotan

1

Pemimpin Asing Ucap Takziah, Angka Kematian Tragedi Kereta Api India Hampir 300

2

Hubungan Kukuh Negeri, Persekutuan Penting - Ahmad Zahid

3

Kadar Inflasi Malaysia Kekal Sederhana Pada 2023 - Rafizi

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Joe Biden Tersandung Di Majlis Graduasi Tentera Udara

Semasa 15 jam yang lalu

PM Seru Tingkat Usaha Naik Taraf, Indahkan Medan Selera, Gerai

Semasa 1 hari yang lalu

Kelindan Lori Didakwa Rogol Warga Emas

Semasa 12 jam yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Dipercayai Lemas Ketika Mandi Di Sungai