web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cuaca Panas Tidak Beri Kesan Petani, Nelayan Hasilkan Bekalan Makanan - Mohamad

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2023 2:19PM

Mohamad Sabu berkata pihak KPKM akan terus memantau dan membuat kajian mengenai situasi cuaca panas dari semasa ke semasa supaya tidak menjejaskan semua pihak - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR PUTEH -  Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan cuaca panas yang melanda negara ketika ini tidak mempengaruhi petani, nelayan dan penternak untuk menghasilkan serta mengeluarkan bekalan makanan.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pihaknya akan terus memantau dan membuat kajian mengenai situasi itu dari semasa ke semasa supaya tidak menjejaskan semua pihak.

"Setakat ini kita (KPKM) belum menerima sebarang laporan daripada mereka mengenai bekalan makanan tidak mencukupi kerana ia masih lagi di peringkat awal musim panas berlaku dan kita masih lagi mempunyai simpanan stok barangan terbabit.

"Kita akan terus pantau dari semasa ke semasa kerana musim panas ini dijangka berlarutan hingga Ogos depan dan saya nasihatkan kepada petani, nelayan dan penternak supaya menjaga kesihatan dan mengambil langkah berjaga-jaga ketika pergi ke lapangan," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Jalinan Mesra MADANI bersama nelayan di Pelabuhan Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tok Bali, di sini hari ini.

Sementara itu, Mohamad berkata kerajaan telah meluluskan sebanyak RM600,000 bagi pembinaan tiga lokasi unjam di Kelantan iaitu Persatuan Nelayan Kawasan Tumpat, Bachok dan Kota Bharu yang akan memberi manfaat kepada 3,785 nelayan.

"Saya juga ingin mengumumkan bahawa sebuah projek naik taraf dan baik pulih infrastruktur jeti di Kuala Kemasin, Kelantan diluluskan dengan peruntukan berjumlah RM200,000 yang bakal memberi manfaat kepada 150 nelayan dan 80 bot.

"Selain itu, dengan wujudnya Kilang Air Batu Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) di LKIM Bachok yang mula beroperasi pada Mac lalu, diharapkan ia dapat membantu nelayan di kawasan ini mendapatkan bekalan ais yang mencukupi untuk memastikan kualiti ikan dapat dipelihara sebelum sampai kepada pengguna," katanya.

Beliau berkata berikutan teknologi sentiasa berubah dari semasa ke semasa, pertumbuhan dan daya maju sektor perikanan memerlukan nelayan mengubah cara perikanan yang tradisional kepada cara lebih komersial dan lestari.

"Kami sedang berusaha untuk memajukan pengeluaran komoditi perikanan melalui kemudahan jeti pendaratan ikan, pemodenan vesel penangkapan ikan, memberikan bantuan input perikanan seperti bantuan pukat, jaket keselamatan dan lain-lain lagi. 

"Kesemua strategi dan program yang diusahakan oleh kerajaan tidak akan dapat dicapai hanya dengan cetusan idea sahaja kerana ia perlu dirancang dengan rapi, dijalankan dengan baik dan diawasi perkembangannya," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

10 Kawasan Di Semenanjung Catat Cuaca Panas Tahap Berjaga-jaga - MetMalaysia

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kepala Lori Terbakar Di Lebuh Raya

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas Kekal Hingga April

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja