web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Qari, Qariah Hulu Langat Ungguli Tilawah Al-Quran Selangor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2023 9:50AM

Johan Qari, Izzat Azizi Zainal (kiri) dan Johan Qariah, Nor Ruzana Natiah Jaafar bersama trofi masing-masing - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Guru tajwid sekolah rendah swasta, Izzat Azizi Zainal serta pengasas pusat pengajian Al-Quran, Nor Ruzana Natiah Jaafar masing-masing muncul johan qari dan qariah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 1444H/2023M di sini malam ini.

Izzat Azizi, 31, dan Nor Ruzana Natiah, 40, masing-masing mewakili daerah Hulu Langat menerima wang tunai berjumlah RM15,000 berserta piala iringan, sepersalinan pakaian dan sijil penyertaan.

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat menyampaikan hadiah kepada pemenang pada majlis yang berlangsung di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Haris Kasim.

Izzat Azizi yang memperoleh 87.5 peratus markah mengatasi Faris Hadi Taufik (Petaling) yang mendapat 87 peratus markah, manakala Muhammad Isyraq Shahruddin (Kuala Selangor) yang merangkul tempat ketiga mewakili memperoleh 86  peratus markah merangkul tempat ketiga.

Nor Ruzana Natiah yang mendapat 88.5 peratus markah mengatasi qariah Siti Rodiah Mohamad Noor (Petaling) yang memperoleh 73.5 peratus markah manakala Fidatul Akhmar Gosnon (Sabak Bernam) di tempat ketiga dengan 72.5 peratus markah.

Nor Ruzana Natiah juga diumum sebagai Peserta Terbaik Keseluruhan Tilawah Al-Quran, manakala Muhammad Izzul Affan Sazali dinobatkan Peserta Terbaik Keseluruhan Hafazan Al-Quran dari juzuk 1 hingga 30, dengan masing-masing membawa pulang kepingan emas bernilai RM10,000

Kedua-dua johan malam ini dijangka mewakili Selangor pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan tahun ini yang dijadual berlangsung di Butterworth, Pulau Pinang pada 11 hingga 16 Jun depan.  - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

4

Gaya 6 bulan yang lalu

Magika Studios Tarikan Eko-Pelancongan Dan Edutainment Baharu Di Selangor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan