web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hari Jururawat: ‘Terima kasih Atas Jasa Bakti, Komitmen, Pengorbanan Anda’ - TPM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2023 11:38AM

Gambar Facebook Ahmad Zahid Hamidi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada semua jururawat, bersempena sambutan Hari Jururawat Sedunia 2023 hari ini.

Beliau berkata, jururawat adalah individu yang sentiasa memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada seluruh rakyat.

“Terima kasih atas jasa bakti, komitmen serta pengorbanan semua jururawat, tidak kira di mana sahaja anda bertugas ketika ini.

Keep up the good work! (Teruskan prestasi baik). Selamat Hari Jururawat Sedunia 2023,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Diraikan pada tarikh 12 Mei saban tahun, Hari Jururawat adalah sambutan istimewa bagi menunjukkan penghargaan terhadap golongan petugas itu yang menjadi antara ‘tulang belakang’ pencapaian baik sektor berkenaan, susulan mereka sentiasa melaksanakan tanggungjawab secara berdedikasi.

Jururawat memainkan peranan besar dalam membantu memberikan perkhidmatan berkaitan kesihatan kepada masyarakat, terutama ketika COVID-19 melanda yang menyaksikan golongan petugas barisan hadapan itu bertungkus-lumus menjalankan tanggungawab.

Pada masa sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub turut mengucapkan penghargaan sempena Hari Jururawat kepada penggiat profesion terbabit menerusi Facebook.

Katanya, beliau mendedikasikan ucapan penghargaan itu kepada semua jururawat, terutama di negara ini atas keikhlasan, ketekunan dan kerja keras mereka.

Salahuddin berkata, golongan itu tanpa lelah memberikan sumbang bakti dan bekerja sepenuh hati.

“Selamat Hari Jururawat. Siapa sahaja yang tidak pernah disantuni jururawat? Jikalau pun anda tidak pernah sakit, pasti ada jururawat yang pernah menyantuni sama ada ahli keluarga, sanak-saudara atau rakan-rakan anda.

“Saya mendedikasikan posting (hantaran) ini kepada semua jururawat, terutamanya di Malaysia atas keikhlasan, ketekunan dan kerja keras anda yang tanpa rasa lelah memberikan sumbang bakti serta bekerja sepenuh hati demi Malaysia MADANI.

“Andalah kunci kepada kejayaan sistem kesihatan negara. Andalah ‘wira yang tidak didendang’. – Getaran, 12 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek