web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kelahiran Hidup Meningkat 8.9 Peratus Pada Suku Pertama 2023

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2023 8:18PM

Selangor kekal mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 21,148 kelahiran atau 18.9 peratus manakala Labuan merekodkan jumlah kelahiran hidup terendah dengan 361 kelahiran atau 0.3 peratus. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah kelahiran hidup di Malaysia meningkat bagi suku pertama 2023 dengan 111,604 kelahiran atau 8.9 peratus direkodkan berbanding suku pertama 2022 dengan 102,466 kelahiran, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata bayi lelaki melebihi perempuan dengan 57,654 kelahiran berbanding 53,950 kelahiran bayi perempuan.

Beliau berkata Selangor kekal mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 21,148 kelahiran atau 18.9 peratus manakala Labuan merekodkan jumlah kelahiran hidup terendah dengan 361 kelahiran atau 0.3 peratus. 

“Kumpulan umur ibu yang tertinggi direkodkan pada umur 30-39 tahun iaitu 57,491 (51.5 peratus), diikuti oleh umur 20-29 tahun (41.6 peratus), 40 tahun dan lebih (5.3 peratus) dan kurang daripada 20 tahun (1.6 peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Uzir berkata 47,767 kematian telah direkodkan pada suku pertama 2023, penurunan sebanyak 11.7 peratus berbanding suku pertama 2022 (54,123 kematian) dan Selangor mencatatkan bilangan kematian tertinggi iaitu 7,548 kematian (15.8 peratus) manakala Putrajaya mencatatkan bilangan kematian terendah dengan 66 kematian (0.1 peratus).

Kematian disebabkan COVID-19 menurun 97.3 peratus (3,457 kematian) pada suku pertama 2023 daripada 3,553 kematian pada suku pertama 2022 kepada 96 kematian. - Gambar oleh Sairien Nafis
Kematian disebabkan COVID-19 menurun 97.3 peratus (3,457 kematian) pada suku pertama 2023 daripada 3,553 kematian pada suku pertama 2022 kepada 96 kematian. - Gambar oleh Sairien Nafis

Beliau berkata bilangan kematian berumur 60 tahun dan lebih merekodkan bilangan kematian tertinggi iaitu 33,687 kematian (70.5 peratus), diikuti umur 41-59 (19.9 peratus), umur 15-40 tahun (7.1 peratus) dan umur 0-14 tahun (2.5 peratus). 

Beliau menambah, kematian disebabkan COVID-19 menurun 97.3 peratus (3,457 kematian) pada suku pertama 2023 daripada 3,553 kematian pada suku pertama 2022 kepada 96 kematian.

“Kematian disebabkan COVID-19 menyumbang 0.2 peratus daripada keseluruhan jumlah kematian pada suku pertama 2023. Selangor merekodkan kematian COVID-19 tertinggi (31 kematian) manakala tiada kematian direkodkan di Kelantan dan Labuan,” katanya. 

Sementara itu, Mohd Uzir berkata berdasarkan anggaran penduduk semasa, penduduk Malaysia pada suku pertama tahun ini dianggarkan 33.2 juta, meningkat 1.6 peratus berbanding suku pertama 2022 iaitu 32.6 juta.

Jumlah penduduk merangkumi 30.4 juta atau 91.7 peratus warganegara manakala 2.8 juta atau 8.3 peratus bukan warganegara, katanya.

“Kenaikan ini disumbangkan oleh pertambahan semula jadi yang positif bagi warganegara dan juga pertambahan penduduk bukan warganegara,” tambahnya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad