Berita Terkini

9 jam yang lalu: RM9.6 juta untuk baik pulih 39 klinik daif di Kelantan - Dr Zaliha 9 jam yang lalu: KPDN Labuan lumpuh sindiket seludup minyak kecil-kecilan 9 jam yang lalu: Operasi SAR kesan kanak-kanak dikhuatiri lemas di Tanjung Malim disambung esok - Bomba 9 jam yang lalu: CDM akan segera sampaikan keperluan atlet RTG kepada Hannah 10 jam yang lalu: Tiga lelaki dikesan menyamar sebagai polis di Lebuhraya Utara Selatan

IKUTI KAMI


Semua Siasatan Dijalankan Bukan Menekan Individu Tertentu Atas Faktor Politik - SPRM

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2023 8:26PM

SPRM memaklumkan, tindakan sama ada ketika proses siatasan atau selepas pertuduhan dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang berdasarkan prinsip bebas, telus dan profesional. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan semua siasatan dijalankan agensi itu bukan bertujuan untuk menekan individu tertentu atas faktor politik.

Jurucakap SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan sama ada ketika proses siatasan atau selepas pertuduhan dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang berdasarkan prinsip bebas, telus dan profesional.

Justeru, katanya, tohmahan yang dinyatakan seorang bekas menteri terhadap SPRM kelmarin adalah tidak benar sama sekali dan menjejaskan imej agensi pencegahan rasuah itu.

“Tohmahan oleh seorang bekas menteri yang mengatakan SPRM sengaja mengada-adakan siasatan bagi tujuan pertuduhan untuk mencemarkan namanya adalah tidak benar sama sekali serta telah menjejaskan imej suruhanjaya ini.

“Setiap tindakan sama ada semasa proses siasatan atau selepas pertuduhan, ia dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang berdasarkan prinsip bebas, telus dan profesional serta tidak sesekali bertujuan menekan mana-mana individu tertentu atas faktor politik atau seumpamanya,” katanya.

Jelasnya lagi, semua siasatan yang dijalankan adalah berdasarkan maklumat serta bukti-bukti sahih yang diperoleh SPRM.

“Kertas-kertas siasatan telah dilengkapkan dengan penemuan elemen-elemen kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 serta akta berkaitan kemudian dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk kajian dan pertimbangan sewajarnya,” katanya.

Hamzah Zainudin - Gambar fail
Hamzah Zainudin - Gambar fail

Semalam, Ketua pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin mengesahkan beliau dipanggil SPRM bagi memberi keterangan berkait satu kes pendakwaan ke atas ahli perniagaan, Sim Choo Thiam di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Beliau mendakwa, pertuduhan terhadap ahli perniagaan itu yang turut mengheret namanya, jelas bertujuan untuk merosakkan nama baiknya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Perikatan Nasional (PN).

Sebelum itu, Choo Thiam mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah membabitkan RM15 juta yang kononnya berlaku dua tahun lalu.

Sim Choo Thiam - Gambar Bernama
Sim Choo Thiam - Gambar Bernama

Ahli perniagaan berusia 63 tahun itu dituduh melakukan kesalahan itu antara Jun dan 30 Julai 2021, sebagai dorongan untuk Hamzah, yang ketika itu Menteri Dalam Negeri semasa pentadbiran PN, bagi membantu Asia Coding Centre Sdn Bhd mendapatkan sebarang projek daripada agensi di bawah kementerian berkenaan.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, agak janggal namanya disebut dalam pertuduhan itu ketika dirinya tidak pernah terbabit dalam sebarang urusan.

“Bila diperhalusi keempat-empat pertuduhan itu, ia menyebut suapan adalah mendapatkan apa-apa projek milik agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Jadi apakah projek yang menjadi hal perkara rasuah yang dimaksudkan? Jelas pertuduhan sebegitu sengaja diada-adakan dan dibuat sebegitu rupa untuk mengheret nama saya dalam perkara yang tidak langsung membabitkan saya.

“Ini siri fitnah untuk menekan orang serta ahli perniagaan tertentu supaya memalitkan dan menuding jari terhadap saya demi mencemarkan nama saya,” katanya.  – Getaran, 11 Mei 2023

Sorotan

1

Abd Halim Bangga Jadi Anak Nelayan, Beri Kelebihan Dalam Acara Kolam Renang

2

8 Termasuk 7 Pesilat Cedera Ringan MPV Dinaiki Langgar Lori

3

Lim Kit Siang, Allahyarham Nik Abdul Aziz Terima Gelaran Tan Sri

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Fraidden Dawan Sumbang Emas Pertama Malaysia Di Phnom Penh

Semasa 17 jam yang lalu

Lim Kit Siang, Allahyarham Nik Abdul Aziz Terima Gelaran Tan Sri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Jangan Buta Perundangan Hingga Perlekeh Perlembagaan Persekutuan - Guan Eng

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

KBS Percaya BWF Ada Sebab Kukuh Beri Pengiktirafan Kepada Chong Wei