web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 22 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Projek Mega PSI: Kerajaan Pulau Pinang Setuju Bina Satu Pulau Sahaja

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2023 3:04PM

Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) yang disemak semula itu akan menjadi pulau berkeluasan 2,300 ekar di selatan landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. - Gambar dari penangpropertytalk.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pulau Pinang tidak akan meneruskan penambakan laut secara besar-besaran bagi membina tiga pulau buatan, tetapi bersetuju dengan pembinaan sebuah pulau sahaja.

Keputusan itu dibuat atas desakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan komitmen kerajaan Pusat untuk menyediakan dana tambahan bagi mempercepatkan pembangunan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) di negeri tersebut.

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) yang disemak semula itu akan menjadi pulau berkeluasan 2,300 ekar di selatan landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, lapor Free Malaysia Today.

Projek asal tiga pulau PSI berkeluasan sekitar 4,500 ekar.

Beliau memberitahu pemberita di George Town bahawa projek semakan semula melibatkan Pulau A (Pulau Silikon) akan mengambil masa kira-kira 20 tahun untuk disiapkan dan hanya menjejaskan 115 nelayan.

Sementara itu, mengulas mengenai keputusan tersebut, Presiden Sahabat Alam Malaysia, Meenakshi Raman berkata, pengurangan projek itu masih tidak boleh diterima kerana membangunkan pulau tunggal berkenaan akan menjejaskan kawasan pemijahan ikan, dataran lumpur, terumbu karang dan migrasi udang.

“Ia akan melibatkan jumlah pasir yang besar untuk penambakan dari perairan Pulau Pinang atau Perak, menyebabkan lebih banyak kerosakan.

“Projek (PSI) itu langsung tidak diperlukan kerana pembiayaan LRT telah dijanjikan oleh kerajaan Persekutuan. Tidak ada justifikasi dan kami mempunyai 12,000 hektar di Seberang Prai (untuk pembangunan) seperti diakui sendiri Ketua Menteri,” katanya dalam kenyataan.

Minggu lalu, Anwar berkata, dana untuk LRT di Pulau Pinang akan terdiri daripada geran dan pinjaman Persekutuan serta menggesa kerajaan negeri mengurangkan projek kontroversi PSI.

Kumpulan masyarakat sivil Pulau Pinang sebahagian besarnya bertelagah dengan kerajaan negeri itu berhubung projek PSI, menyaksikan beberapa pihak meminta campur tangan Anwar untuk membatalkannya.

Susulan itu, Kon Yeow merayu dana Persekutuan untuk membiayai cadangan lebuh raya bertingkat Juru-Sg Dua dengan berkata, ia akan mengurangkan trafik luar di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan yang berpecah ke Seberang Prai. – The Vibes, 11 Mei 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 20 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad