web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan Jadi Pemangkin Aspirasi Malaysia MADANI Demi Rakyat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2023 9:34AM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang bakal berlangsung pada 14 Mei ini, akan menjadi detik penting di dalam mengukukuhkan perpaduan, memperkasakan kolaborasi serta memperkemaskan hala tuju pentadbirannya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, konvensyen sehari itu, turut berperanan sebagai pemangkin aspirasi Malaysia MADANI, seperti digagaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan akan menjadi medan pemimpin berkongsi informasi dan sudut pandang demi kepentingan rakyat.

“Pentas untuk memecahkan tembok perbezaan dan mencari titik persamaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ahmad Zahid berkata, konvensyen itu juga sebagai platform untuk diserlahkan kebersamaan agar kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan.

“Ikuti Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Ahad ini,” katanya.

Menerusi tentatif program itu, konvensyen berkenaan akan diadakan bermula jam 10 pagi dengan Konvensyen Nasional Wanita dan Konvensyen Nasional Pemuda Puteri.

Ia disusuli acara Bicara Rakyat yang menyaksikan tiga sesi dengan tajuk berbeza, iaitu Memperkasa Ekonomi Rakyat, Membina Negara Bangsa dan Malaysia MADANI.

Kemuncak Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan Malaysia di Dewan Merdeka itu akan berlangsung pada 3.30 petang.

Pada 7 Mei lalu, Perdana Menteri mengumumkan tarikh konvensyen berkenaan yang pertama kali bakal berlangsung.

Konvensyen itu akan disertai parti komponen parti Kerajaan Perpaduan, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Ahmad Zahid akan menghadiri Konvensyen Wanita, manakala Konvensyen Pemuda diwakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadhillah Yusof.

Terdahulu, BH melaporkan, mengenai agenda konvensyen sulung itu, Anwar dilaporkan berkata, ia bertujuan memanfaatkan semangat perpaduan demi melancarkan pelaksanaan agenda rakyat.

Ujarnya, ia juga satu percubaan merapatkan kaum dan wilayah, seperti pernah dilakukan dua mantan Perdana Menteri.

“Tumpuan perbincangan adalah menilai keberkesanan dan meneruskan dengan program lebih berkesan bagi semangat inklusif semua kaum dan semua wilayah, dengan tunduk kepada prinsip perlembagaan yang disepakati. Kemudian, menentukan program MADANI dan merakyatkan ekonomi ini supaya dapat berjalan dengan berkesan.

“Jadi mesej kita adalah mesej ke seluruh negara bahawa inilah sesuatu percubaan yang unik dalam sejarah, mengulangi mungkin peringkat awal kemerdekaan pada zaman Tunku Abdul Rahman dan mungkin percubaan kedua oleh Tun Abdul Razak (Hussein) untuk cuba merapatkan permuafakatan kaum serta wilayah.

“Cubaan kali ini harus dipastikan ia berkesan, berhasil kerana akan menjamin kesinambungan dan kelangsungan. Lebih penting agenda rakyat itu dapat dilaksanakan dengan cukup berkesan,” katanya. – Getaran, 11 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

2

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Luang Masa Lawat Pameran Era Pasca Normal Madani

3

Politik 2 tahun yang lalu

Bukan UMNO Runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Skim Perubatan MADANI Tampung Keperluan Kesihatan - Penerima

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 12 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar