web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


1,500 Vaksin Pneumokokal Percuma Untuk Jemaah Haji Selangor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2023 6:18PM

Dr Siti Mariah Mahmud berkata, inisiatif menerusi Program Vaksin Selangor (SelVax) itu bertujuan melindungi dan mencegah individu daripada mendapat jangkitan paru-paru ketika menunaikan ibadah haji - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,500 dos vaksin Pneumokokal percuma akan diberikan kepada jemaah haji Selangor yang bakal hadir ke Kursus Haji Perdana di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, esok.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, inisiatif menerusi Program Vaksin Selangor (SelVax) itu bertujuan melindungi dan mencegah individu daripada mendapat jangkitan paru-paru ketika menunaikan ibadah haji.

Menurutnya, pra pendaftaran dibuka bermula hari ini di aplilasi Selangkah.

“Bagi jemaah yang berdepan kesukaran mendaftar secara atas talian, kaunter pendaftaran turut disediakan di tapak program.

“Jemaah Haji yang tinggal di luar Shah Alam amat digalak mendapatkan vaksin pada hari dinyatakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, bagi jemaah yang menetap di Shah Alam atau kawasan berdekatan, mereka boleh mendapatkan vaksin tersebut secara percuma di Klinik Selcare Unisel, Shah Alam bermula Isnin depan hingga 15 Jun pada jam 9 pagi hingga 5 petang.

“Tutorial prapendaftaran boleh ditonton menerusi pautan: https://vt.tiktok.com/ZS8KXbUev/ dan sebarang maklumat lanjut boleh hubungi talian hotline Selcare 1-800-22-6600,” katanya.

Pada 28 April lalu, Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Azman Mokhtar memaklumkan, Malaysia mendapat semula kuota asal jemaah haji berjumlah 31,600 dengan pertambahan kuota tambahan pertama sebanyak 350 jemaah.

Beliau berkata, ketika ini kerajaan sedang membuat rayuan kedua, iaitu penambahan sehingga 10,000 lagi kuota yang dijangka diketahui Mei ini.

“Kita berharap kuota tambahan dapat diluluskan bagi membolehkan lebih ramai peluang rakyat Malaysia menunaikan haji.

“Bagi rayuan pertama sebanyak 350 kuota sudah lulus dan rayuan kedua, iaitu penambahan 10,000 lagi kuota masih dalam rayuan dan kita jangka awal Mei jawapan diterima,” katanya. – Getaran, 6 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad