web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh Wisma YRP: KKR Tawar Bantuan - Menteri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2023 11:57AM

KKR bersedia menawarkan bantuan susulan insiden tanah runtuh di Wisma YRP Jalan Syed Putra di sini yang mengorbankan seorang pengawal keselamatan sekiranya diminta pihak terbabit. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) bersedia menawarkan bantuan dalam apa jua cara berhubung insiden tanah runtuh di Wisma YRP Jalan Syed Putra di sini yang mengorbankan seorang pengawal keselamatan sekiranya diminta pihak terbabit.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, berdasarkan laporan awal, beliau difahamkan premis tersebut adalah milik swasta dan berada di bawah penyelarasan pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Alexander Nanta Linggi
Alexander Nanta Linggi

“Antaranya berdasarkan peruntukan Akta 133 Jalan Parit dan Bangunan serta beberapa undang-undang kecil berkaitan.

“Bagaimanapun, di pihak KKR, saya ingin memaklumkan kita bersedia menawarkan bantuan dalam apa juga cara di bawah kapasiti KKR, sekiranya diminta oleh pihak terbabit,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, Alexander turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa insiden itu.

“Saya bersimpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga pengawal keselamatan yang ditemui meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di pondok pengawal di Wisma YPR, Taman Seputeh, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

“Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila tebing setinggi kira-kira enam meter menghempap pondok tempat mangsa bertugas, menyebabkannya tertimbus, dalam kejadian tengah malam tadi.

“Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM), polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) berjaya menemui mayat mangsa pada kedalaman tiga meter pada 6.23 pagi tadi,” katanya.

Terdahulu, Penguasa Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Mohd Rizuan Razali berkata, lelaki berusia 73 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan.

Beliau berkata, ketika kejadian mangsa sedang bertugas dan berada di dalam pondok pengawal.

Menurutnya, sebelum kejadian berlaku, terdapat bongkah batu yang jatuh berhampiran pondok pengawal keselamatan itu, pada 8 malam, semalam.

“Difahamkan, pengawal keselamatan berkenaan hendak membuat laporan berhubung bongkah batu yang jatuh itu namun tidak sempat.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada 12.53 tengah malam tadi dan tiba di lokasi kejadian pada 1.05 pagi,“ katanya. – Getaran, 4 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad