web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Orang Ramai Sambut Baik Keputusan Benar Lesen Memandu Diperbaharui Sehingga 10 Tahun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2023 7:07AM

Mulai 8 Me depan, rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen memandu mereka sehingga 10 tahun berbanding lima tahun ketika ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai menyambut baik keputusan kerajaan membenarkan warganegara Malaysia memperbaharui lesen memandu mereka bagi tempoh maksimum 10 tahun dan rata-rata menyifatkan inisiatif itu sebagai satu kemudahan.

Bagi usahawan berusia 36 tahun iaitu Suriani Hassan, tempoh lesen memandu yang lebih panjang amat membantu beliau dalam urusan harian kerana perlu kerap keluar bagi tujuan perniagaan.

"Saya sentiasa melakukan perjalanan ke negeri yang berlainan untuk menjual produk kecantikan saya dan tidak mempunyai banyak masa bagi menguruskan hal peribadi.

"Dengan tempoh maksimum 10 tahun berbanding lima tahun ketika ini, saya tidak lagi perlu risau kerana terlupa memperbaharui lesen memandu... Saya hanya perlu menetapkan peringatan tarikh di kalendar sedekad lebih awal," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Eksekutif pemasaran, Soo Wai Hin, 30, pula berkata meskipun mengalu-alukan keputusan itu, beliau berpendapat kerajaan perlu mengenakan syarat bahawa gambar pada lesen memandu harus dikemas kini secara berkala bagi memastikan ciri muka pemegangnya adalah sepadan.

"Saya telah melihat ramai orang, termasuk rakan saya, yang ciri muka mereka tidak sama dengan gambar pada lesen memandu," katanya sambil menambah perkara sama juga sepatutnya dilakukan untuk kad pengenalan.

Sementara itu, Lily Ramasamy, 26, menghargai kebenaran khas bagi memperbaharui lesen memandu tanpa perlu menduduki semula ujian.

"Saya baru kembali ke tanah air selepas melanjutkan pelajaran di United Kingdom dan lesen memandu saya telah tamat tempoh empat tahun lepas.

“Saya amat lega kerana tidak perlu lagi mengeluarkan belanja yang besar dan menempuh pelbagai kesulitan untuk mengambil semula kelas memandu," katanya.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen memandu mereka sehingga 10 tahun berbanding lima tahun ketika ini mulai 8 Mei depan.

Beliau juga berkata bagi individu yang lesennya telah tamat tempoh untuk diperbaharui mulai 1 Jan 2018 dan ke hadapan, diberi kebenaran khas untuk berbuat demikian tanpa perlu menduduki semula ujian. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi