web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Bunuh Doktor Berjaya Diselesai, Rakan Serumah Mangsa Antara Suspek

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2023 3:53PM

Hussein Omar Khan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis percaya berjaya menyelesaikan kes bunuh seorang doktor di Kajang, susulan penangkapan enam suspek.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dipetik sebagai berkata, tiga daripada suspek berkenaan ialah dua wanita dan seorang rakan serumah mangsa.

Menurut beliau, laporan kehilangan doktor berusia 41 tahun itu dibuat 26 April lalu oleh rakan serumah mangsa.

“Hasil siasatan, polis Kajang berjaya memberkas tiga lelaki dan dua wanita tempatan pada jam 4 petang, keesokan harinya.

“Kesemua mereka ditahan di sekitar Kajang dan Ampang,” katanya, seperti dilaporkan media.

Hussein memberitahu, seorang daripada suspek yang berusia lewat 30an selepas disoal siasat, mengaku membunuh mangsa dan turut membawa polis ke lokasi mayat doktor itu dibuang.

“Polis berjaya menemui beberapa barang berkaitan kes seperti lima telefon bimbit dengan satu daripadanya adalah milik mangsa.

“Selain itu, polis turut menemui dan merampas sebuah Perodua Axia milik seorang daripada suspek,” katanya.

Jelas beliau, kes berkenaan pada mulanya hanya bermotifkan penculikan untuk mendapatkan wang tebusan.

Katanya, pengadu iaitu rakan serumah mangsa melaporkan, doktor terbabit tidak dapat dikesan selepas bertemu rakan perniagaannya di sebuah restoran di Jalan Broga, Semenyih.

“Pertemuan tersebut berlangsung pada 26 April sekitar jam 11 pagi.

“Menurut pengadu, mangsa pada hari sama menghantar satu pesanan ringkas untuk memberitahu dia masih berjumpa rakan perniagaannya itu,” katanya.

Hussein berkata, pengadu bagaimanapun memberitahu, mangsa memintanya memasukkan sejumlah wang syarikat ke satu akaun tidak dikenali.

“Selepas duit itu dimasukkan, mangsa tidak lagi dapat dihubungi, menyebabkan pengadu dan keluarga doktor terbabit mula merasa bimbang dengan keselamatannya,” katanya.

Hussein berkata, kes berkenaan yang pada mulanya disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana cuba melakukan pemerasan atas niat jenayah, kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kes diklasifikasikan semula sebagai pembunuhan dan  boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” katanya. - Getaran, 2 Mei 2023









 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 3 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar