web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kaedah Baharu Pelaksanaan Gaji Minimum Akan Dirangka - Sivakumar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2023 6:28PM

V. Sivakumar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kaedah baharu bagi pelaksanaan gaji minimum akan dirangka bagi memastikan kebajikan setiap pekerja di negara ini terbela, kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.

Beliau yang menyifatkan gaji minimum sebanyak RM1,500 agak rendah berkata majikan perlu memastikan gaji yang diterima pekerja setimpal dengan kemahiran dan pengetahuan mereka.

“Dalam mesyuarat Kabinet nanti, kita cari kaedah baharu untuk tetapkan gaji pekerja dalam negara,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Pekerja 2023 bertemakan Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia MADANI di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada sambutan itu berkata isu pelaksanaan gaji minimum akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet bulan depan untuk mendapatkan penyelesaian "sekali dan untuk semua".

Sambutan Hari Pekerja 2023 yang bertemakan Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia MADANI diadakan di Putrajaya hari ini. - Gambar Bernama
Sambutan Hari Pekerja 2023 yang bertemakan Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia MADANI diadakan di Putrajaya hari ini. - Gambar Bernama

Perintah gaji minimum dengan kadar minimum RM1,500 sebulan berkuat kuasa 1 Mei tahun lepas untuk semua sektor tanpa mengira wilayah bagi majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.

Bagi majikan yang menggajikan kurang lima pekerja, pelaksanaan gaji minimum ditangguhkan dari 1 Jan lepas kepada 1 Julai depan.

Pada majlis itu, Anwar turut mengumumkan peruntukan tambahan masing-masing RM1 juta kepada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bagi tujuan pengurusan 

Sivakumar berkata peruntukan RM1 juta kepada MTUC dan Cuepacs akan membantu kedua-dua badan itu untuk memperjuangkan hak pekerja di negara ini. 

Sementara itu, Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berterima kasih kepada kerajaan kerana memberikan dana tambahan RM1 juta untuk Cuepacs.

“Terima kasih juga kepada kerajaan yang cakna dengan upah penjawat awam dari kalangan gred bawahan,” katanya. 

Presiden MTUC Mohd Effendy Abdul Ghani pula berkata pelaksanaan gaji minimum sewajarnya dikaji semula supaya ia lebih progresif dan bermaruah selaras kos sara hidup ketika ini. 

“Pemantuaan kerajaan juga perlu dibuat mengenai pelaksanaan gaji minimum supaya majikan tidak culas," katanya yang turut merakam penghargaan kepada kerajaan diberikan peruntukan tambahan RM1 juta bagi membantu pengurusan MTUC. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad