web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kabinet Bincang Isu Pelaksanaan Gaji Minimum Bulan Depan - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2023 2:10PM

Warga pekerja yang hadir membacakan ikrar pada Sambutan Hari Pekerja 2023 yang bertemakan ‘Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Isu pelaksanaan gaji minimum akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet bulan depan untuk mendapatkan penyelesaian "sekali dan untuk semua", kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada majlis sambutan Hari Pekerja 2023 bertema "Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia MADANI" di sini hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelaksanaan gaji minimum masih sukar dilaksanakan dan pelaksanaannya juga "hiruk-pikuk".

"Sebab itu dalam mesyuarat Jemaah Menteri bulan depan kita nak selesaikan once and for all (sekali dan untuk semua),” katanya.

Perintah gaji minimum dengan kadar RM1,500 sebulan berkuat kuasa 1 Mei tahun lepas untuk semua sektor tanpa mengira wilayah bagi majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.

Bagi majikan yang menggajikan kurang lima pekerja, pelaksanaan gaji minimum ditangguhkan dari 1 Januari lepas kepada 1 Julai depan.

Anwar berkata kerajaan pimpinannya mengutamakan upah pekerja di Malaysia supaya dapat ditingkatkan.

"Saya tidak mahu majikan, pakar ekonomi atau menteri mempertikaikan (upah pekerja). Tanggungjawab kita adalah meningkatkan upah bagi pekerja swasta dan awam," katanya kerajaan akan mengumumkan "satu persatu" perubahan yang dilakukan dalam membela nasib pekerja.

Anwar berkata ada syarikat mencatat keuntungan dan produktiviti meningkat tetapi upah pekerja itu tidak meningkat.

"Setiap pekerja yang memberi sumbangan harus diberi pengiktirafan tidak mengira jawatan dan pangkat," katanya.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Sumber V. Sivakumar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamed. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan