web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KSM Bakal Pinda Proses Iktiraf Kesatuan Sekerja, ‘Difahamkan Ada Majikan Enggan Mengiktiraf’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2023 7:04AM

V Sivakumar turut menegaskan isu perlindungan pekerja asing juga memerlukan perhatian dan tindakan lebih lanjut - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Bagi memberi ruang kepada pekerja untuk memperjuangkan hak dan mendapatkan keadilan, Kementerian Sumber Manusia (KSM) bakal melaksanakan beberapa pindaan.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, pindaan itu adalah bagi proses pengiktirafan terhadap kesatuan sekerja.

Katanya, kerajaan akan memberi perhatian terhadap perkara itu, susulan terdapat majikan enggan mengiktiraf kesatuan sekerja di tempat masing-masing.

“Saya difahamkan terdapat kes majikan enggan mengiktiraf kesatuan sekerja yang diterajui pekerja dan ini merumitkan lagi usaha pekerja dalam memperjuangkan hak mereka,” katanya seperti dilaporkan media.

Beliau berkata, kerajaan juga sedang dalam proses mengkaji beberapa isu lain membabitkan pekerja.

Menurutnya, kajian itu merangkumi gaji kehidupan wajar, pencen kakitangan swasta, jaminan pekerjaan, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, selain isu perlindungan tenaga buruh asing.

Sivakumar menegaskan, kerajaan akan berusaha menyelesaikan isu berkenaan sebaiknya, sekali gus memastikan semua pekerja di Malaysia mendapat perlindungan dan keistimewaan setimpal dengan sumbangan mereka.

Tegasnya, isu perlindungan pekerja asing juga memerlukan perhatian dan tindakan lebih lanjut.

“Kita perlu memastikan bahawa semua pekerja asing di negara ini dilindungi undang-undang dan diberikan hak sama seperti pekerja tempatan,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan akan bekerjasama dengan majikan tertentu, bagi memastikan golongan pekerja berpendidikan rendah diberikan peluang untuk meningkatkan taraf pendidikan dan kemahiran kerja melalui latihan serta kursus.

“Langkah itu bagi membantu meningkatkan kemahiran pekerja berkenaan, selain memberi mereka peluang mengisi jawatan lebih baik serta gaji lebih tinggi,” katanya.

Selain itu, Sivakumar meminta semua majikan di negara ini menghormati hak pekerja dan memastikan mereka dapat bekerja dalam persekitaran selamat dan kondusif.

Malah, katanya, kerajaan akan terus memperkenalkan dasar dan perubahan undang-undang yang memastikan keselamatan, kesejahteraan serta hak pekerja dari semasa ke semasa. – Getaran, 1 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Kenapa Tiada Wakil MTUC Ke ILC?’ - Solomon

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Chef Wan Kecewa, Mohon Jangan Fitnah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Runtuhan Gudang : 3 Pekerja Maut, 2 Parah, 4 Tertimbus - Polis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

4 Pekerja Myanmar Dikhuatiri Tertimbus Dalam Runtuhan Bangunan Di Pulau Perhentian

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar