Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Tragedi Double Six: Keluarga Mangsa Bincang Tindakan Lanjut

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2023 7:12PM

Ahli keluarga mangsa Tragedi Double Six perlu berbincang bagi menentukan tindakan lanjut yang akan diambil mereka susulan pengeluaran laporan mengenai nahas itu oleh kerajaan Malaysia dan Australia - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU: Susulan Kerajaan Malaysia dan Australia mengeluarkan laporan mengenai nahas pesawat Nomad dalam Tragedi Double Six pada 6 Jun 1976, ahli keluarga mangsa insiden terbabit perlu berbincang bagi menentukan tindakan lanjut akan diambil mereka berhubung perkara itu.

Menurut seorang daripada anak mangsa, Datuk Donald Mojuntin, laporan dikeluarkan Australia beberapa hari lalu itu, mendedahkan beberapa perkara baharu yang mengejutkan dan menimbulkan persoalan mengenai punca laporan terbabit tidak didedahkan lebih awal, malah mengambil masa selama lebih empat dekad.

Beliau turut mempersoalkan adakah tindakan merahsiakan laporan itu selama ini adalah disebabkan wujud perkara di sebaliknya yang perlu disembunyikan untuk kepentingan pihak tertentu, memandangkan kedua-dua laporan baru dikeluarkan terbabit, tidak menunjukkan ada perkara perlu disembunyikan.

“Sekali lagi, kenapa mereka memanjangkan kesakitan dan kedukaan ahli keluarga mangsa? Tidak boleh dinafikan ada antara kami yang terkejut, kecewa dan sudah tentu juga marah.

“Menyembunyikan laporan itu mungkin menghalang kami daripada mengambil tindakan terhadap mereka yang bersalah. Sekarang ia masih boleh dilihat dan dipertikaikan sama ada statut had masa sudah habis untuk sebarang tindakan undang-undang.

“Untuk itu saya rasa ahli keluarga setiap mangsa yang masih ada perlu duduk berbincang (mengenai tindakan yang perlu diambil),” katanya kepada BH.

Donald adalah anak mantan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah pada tahun nahas terbabit berlaku, iaitu mendiang Datuk Peter Mojuntin yang terkorban bersama Ketua Menteri, Tun Fuad Stephens dan sembilan lagi individu lain dalam nahas udara berkenaan.

Pesawat Nomad N-22B buatan Australia milik Sabah Air itu dinaiki 11 individu, sebahagian besarnya anggota Kabinet Sabah berlepas dari Labuan dan terhempas di perairan Kampung Sembulan, di sini, ketika menghampiri landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada petang 6 Jun 1976.

Pada 12 April lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, laporan akhir siasatan Double-Six Tragedy, sudah dinyahklasifikasi dan kini boleh dimuat turun dari laman sesawang rasmi Kementerian Pengangkutan.

Laporan itu memetik masalah teknikal ‘luar biasa’ sebagai punca, dan menyimpulkan bahawa kesilapan pengiraan yang mengelilingi pusat graviti membabitkan ekor pesawat adalah ‘kemungkinan punca’ nahas yang mengorbankan Tun Fuad Stephens dan 10 individu lain.

Selain Fuad, ia meragut nyawa 10 individu, termasuk barisan pimpinan kanan kerajaan Sabah, iaitu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah, Datuk Peter Joinod Mojuntin; Menteri Perhubungan dan Kerja Raya Sabah, Datuk Chong Thien Vun; Menteri Kewangan Sabah, Datuk Salleh Sulong; pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Darius Binion dan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah, Datuk Wahid Peter Andau.

Mangsa lain adalah Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sabah, Dr Syed Hussein Wafa; Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan, Ishak Atan; Pengawal Peribadi kepada Ketua Menteri Sabah, Koperal Said Mohammad; anak kepada Ketua Menteri Sabah, Johari Fuad Stephens dan juruterbang pesawat itu, Gandhi J Nathan.

Donald yang juga Timbalan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata, selepas laporan mengenai nahas itu dikeluarkan Kerajaan Malaysia dan Australia, perasaan ahli keluarga mangsa bertambah perit dan bukan semakin baik.

Katanya, seseorang tidak boleh mengelak daripada merasakan satu ketidakadilan melampau sudah dilakukan, malah beliau percaya kebanyakan rakyat Sabah merasainya.

Mengulas laporan dikeluarkan Australia berhubung nahas udara berkenaan, Donald berkata, ada dua perkara sangat mengejutkan dalam laporan terbabit.

Ujarnya, pertama adalah laporan mengenai Sabah Air beroperasi tanpa kelulusan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) yang tidak seharusnya berlaku.

Manakala, kedua, katanya, laporan Australia menyatakan walaupun kekuatan struktur pesawat itu dijamin, mereka menemui kegagalan dalam sistem kawalan penerbangan ketika melakukan bedah siasat terhadap bangkai pesawat.

“Tiada siasatan lanjut dilakukan pihak berkuasa Malaysia berhubung ‘kegagalan’ ini. Mungkinkah ini punca sayap kanan pesawat tiba-tiba terturun sebelum naik semula dan kemudian pesawat berpusing sebelum hilang ketinggian dan terhempas.

“Adakah tidak penting untuk mencari punca terhadap ‘kegagalan’ itu dalam sistem penerbangan?

“Memang mudah untuk menyalahkan juruterbang memandangkan dia sudah tiada untuk mempertahankan diri. Jika dia (juruterbang) tidak cekap, gugup, letih dan tidak sihat, mengapa dia diberi tanggungjawab menerbangkan orang sangat penting (VVIP) di Sabah ketika itu,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, semua persoalan itu juga akan timbul jika Kerajaan Persekutuan bersikap telus selama 46 tahun lalu dan mungkin dijawab sepanjang tempoh terbabit. – Getaran, 29 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pesakit Tibi Enggan Teruskan Rawatan Boleh Dikenakan Tindakan - Dr Dzulkefly

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Keluarga Tidur Dalam Kereta Sudah Dibantu, Urusan Lain Akan Diselesaikan - Dr Taufiq

4

Luar Negara 5 bulan yang lalu

Wartawan Palestin, Keluarga Terbunuh Dalam Serangan Udara Israel

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Berita Baik Untuk Penjawat Awam 1 Mei Nanti?

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

Semasa 21 jam yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines Batal 10 Penerbangan Hari Ini

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Panggilan ‘Scam’ Tahun Lalu Meningkat Lebih 100 Peratus