web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lautan Rakyat Kedah Rai Kehadiran Anwar, ‘PM Berjiwa Rakyat, Terbaik’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2023 12:10PM

Anwar Ibrahim beramah mesra dengan orang ramai pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI di Hotel Raia, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kedah bagi memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI yang berlangsung hari ini, menerima sambutan cukup meriah daripada rakyat di negeri berkenaan.

Menerusi perkongsian Anwar di Facebook, sejak ketibaannya malam tadi bagi menghadiri Himpunan MADANI Kedah di Dataran Stargate, Alor Setar, beliau disambut mesra dengan orang ramai yang memenuhi kawasan itu tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan merakamkan gambar kenangan, termasuk secara ‘selfie’.

Acara itu adalah tentatif awal Perdana Menteri dalam jadual lawatannya ke Kedah, sebelum ke acara utama, iaitu rumah terbuka berkenaan.

Malah, menurut The Vibes, kehadiran Anwar mengejutkan orang ramai yang menghadiri Himpunan MADANI Kedah apabila beliau tiba pada jam 5.30 petang, iaitu tiga jam lebih awal daripada jadual sebenar.

Sejurus tiba di Majlis anjuran Pakatan Harapan (PH) Kedah itu, Perdana Menteri terus menyapa orang ramai dengan penuh semangat.

“Tiba di Alor Setar, Kedah petang ini dan terus ke Dataran Stargate bagi meninjau suasana Himpunan MADANI Kedah.

“Saya kemudian singgah minum petang di Wan Cendol Pulut Special di Kepala Batas bersama saudara Saifuddin Nasution (Menteri Dalam Negeri yang juga Ketua Setiausaha PH).

Anwar turut mengambil kesempatan untuk singgah di Iman Koey Teow Kerang, malam tadi. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim
Anwar turut mengambil kesempatan untuk singgah di Iman Koey Teow Kerang, malam tadi. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya melahirkan keterujaan dengan kehadiran pemimpin nombor satu kerajaan itu yang disifatkan sebagai pemimpin berkebolehan dan berjiwa rakyat.

“DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) seorang negarawan dalam menjawab dan bawak watak mulia yang menunjukan PMX (Perdana Menteri Ke-10) berhati terbuka dan ingin mengeratkan silaturahim…,” kata Zen Marco.

“Terbaik DSAI, buat hanya terbaik untuk rakyat Malaysia,” ujar Nik Amran

“Terbaik PM X yang berjiwa rakyat,” tulis John Muda.

Ada pula netizen melahirkan perasaan kagum dengan sambutan diterima Perdana Menteri ke negeri ditadbir pembangkang itu.

“Nohhhhhh. Ingat ke 8, 9 orang je akan datang. Sekali lautan biru…,” komen seorang pengguna.

“Perghh lautan Kedahan menyambut PMX! Macam negeri bawah Kerajaan Perpaduan je. Come on Kedahan, PRN (Pilihan Raya Negeri) tak lama lagi buat pilihan guna akal dan bukan emosi,” respon Bob Harun

“Alhamdulillah sambutan hangat,” tulis Nor Haezail Hashim.

“P (pergi) juga tadi tak larat nak cari parking (parkir), balik dulu la..ribuan manusia,” luah seorang pengguna.

Segelintir netizen pula meluahkan perasaan tidak sabar untuk menghadiri majlis rumah terbuka dianjurkan Kerajaan Perpaduan itu.

“Alhamdulillah, seronoknya dapat beraya bersama YAB (Yang Amat Berhormat) DSAI, PMX,” menurut Ahmad Shakir Haji Sofian.

“Alhamdulillah, raya yang mengembirakan rakyat,” kata seorang individu.

“Terbaik PMX dan Kerajaan Perpaduan Madani! Beruntungnya yang dapat menghadiri rumah terbuka,” ujar pengguna lain.

“Alhamdulillah. PM yang berjiwa rakyat. Sentiasa di hati rakyat, rugi siapa yang tidak datang beraya,” kata individu lain.

Kedah adalah lokasi pertama penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI dan ia berlangsung di Hotel Raia bermula jam 10 pagi hingga 2 petang ini.

Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat mencemar duli ke acara terbabit.

Acara itu akan diteruskan di lima lokasi lain, iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 6 Mei (11 pagi hingga 2 petang); Dewan Majlis Bandaraya Seremban, Jalan Yam Tuan, Seremban, Negeri Sembilan pada 7 Mei (11 pagi hingga 2 Petang) serta Pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan pada 12 Mei (7 petang hingga 10.30 malam).

Selain itu, Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Kuala Terengganu, Terengganu pada 14 Mei (7 petang hingga 10.30 malam) dan kawasan Komersial Fasa 3, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor pada 14 Mei (8 malam hingga 11 malam). – Getaran, 29 April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 21 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar