web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPM Arah Henti Aktiviti Luar Bilik Darjah Jika Cuaca Terlalu Panas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2023 1:42PM

KPM berkata pihak terbabit juga diminta memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan pelaksanakan tujuh langkah sebagai persediaan dalam penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid semasa negara berdepan cuaca panas serta jerebu, termasuk menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas.

Menerusi kenyataannya, KPM memaklumkan arahan itu sudah diberikan menerusi peringatan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan institusi pendidikan di bawah kendaliannya.

Katanya, pihak terbabit juga diminta memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas.

“Bagi kawasan yang bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100, semua aktiviti di luar bilik darjah melibatkan murid hendaklah dihentikan.

“(Arahan itu juga termasuk) Memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi di institusi pendidikan bawah KPM dan menggalakkan murid membawa air minuman sendiri.

“(Selain itu), menasihati dan menggalakkan murid mengambil air minuman dalam kuantiti sesuai bagi mengawal suhu badan,” katanya.

Menurutnya, pihak terbabit juga diminta membekalkan air minuman kepada murid asrama, sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mendapatkan air minuman.

Ujarnya, KPM turut meminta pihak terbabit sentiasa berwaspada serta bekerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan, sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat cuaca panas.

Menurut KPM, langkah itu susulan keprihatinan pihaknya yang sentiasa menitikberatkan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, khususnya semasa menghadapi keadaan cuaca panas ataupun sebarang cuaca di luar jangkaan.

“Cuaca panas yang melanda negara juga turut menyebabkan beberapa lokasi menunjukkan bacaan IPU pada paras tidak sihat.

“Semua institusi pendidikan bawah KPM dinasihati agar sentiasa mengikuti garis panduan sudah ditetapkan,” katanya.

Selain itu, KPM memaklumkan, institusi pendidikan juga perlu peka dengan perkembangan semasa melalui media mengenai fenomena berjerebu di kawasan atau daerah masing-masing.

“Institusi pendidikan juga perlu mematuhi saranan Kementerian Kesihatan (KKM) serta Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dari semasa ke semasa, bagi menjamin kesihatan murid, pelajar dan warga institusi.

“KPM mengambil berat kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan seluruh warganya,” katanya. – Getaran, 28 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

10 Kawasan Di Semenanjung Catat Cuaca Panas Tahap Berjaga-jaga - MetMalaysia

2

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Pelajar Maut, KPM Arah IPG Henti Semua Aktiviti Ekstrem, Sukan Air

3

Pendidikan 2 bulan yang lalu

Tangguh Aktiviti Luar Jika Suhu Lebih 35 Selsius - KPM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 11 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad