web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Halang Kereta Di Persimpangan Lampu Isyarat Beri Penjelasan, ‘Bimbang Kerana…’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2023 9:51AM

Wanita itu bertindak demikian kerana bimbang kesihatan suaminya yang memandu kenderaan terbabit. - Gambar tangkap layar Twitter

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Wanita yang tular di media sosial kerana menghalang sebuah Proton Wira di persimpangan lampu isyarat di Port Dickson baru-baru ini bertindak demikian kerana bimbang kesihatan suaminya yang memandu kenderaan terbabit.

Perkara itu dimaklumkan sendiri wanita berusia 32 tahun yang hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson bersama suaminya, 58, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, pasangan warga Indonesia itu hadir ke balai polis untuk memberikan penjelasan selepas menyedari mengenai video yang tular itu.

Menurutnya, lelaki terbabit dikatakan baru sahaja mendapat rawatan di Hospital Port Dickson akibat pelbagai penyakit dan isterinya sudah menasihati supaya tidak keluar dari rumah kerana risaukan kesihatannya.

Bagaimanapun, katanya, lelaki terbabit tidak mengendahkan nasihat isterinya dan tetap keluar dari kediaman mereka di Port Dickson untuk ke rumah anak mereka di Teluk Kemang.

“Wanita berkenaan yang menyedari perkara itu terus membonceng motosikal ditunggang jiran sebelum mengesan suaminya di persimpangan lampu isyarat, Batu 1 Jalan Pantai Port Dickson.

“Tanpa berlengah wanita terbabit menghalang kereta dipandu suaminya dan pada masa sama, aksinya itu dirakam sehingga video berkenaan tular di media sosial,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Muhamad Mustafah berkata, pasangan terbabit memohon maaf atas perbuatan dilakukan dan menyedari tindakan tersebut boleh membahayakan diri sendiri dan orang awam lain.

Sebelum ini, video aksi pasangan itu tular di Twitter dan menerusi ciapan yang dimuat naik itu, pemilik akaun menyatakan 'tak tahu apa yang berlaku, hope (harap) dipermudahkan segala urusan akak tu'.

Susulan itu, polis menggesa individu terbabit tampil menjelaskan keadaan dan situasi yang berlaku. – Getaran, 26 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Lelaki Cedera Parah Diserang Buaya Ketika Menjala

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Ibu Didakwa Bagi Anak Usia 1 Tahun Minum Racun

3

Semasa 1 bulan yang lalu

APMM Gagalkan Kemasukan 15 Pendatang Tanpa Izin Di Perairan Port Dickson

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Usia Hampir 7 Dekad, Kee Yong Masih Teruja Hias Kampung Sempena Tahun Baharu Cina

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad