web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4 Individu termasuk Bayi Maut Dalam Kemalangan Di Kemaman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2023 8:46PM

Empat orang termasuk seorang bayi maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta Proton Persona di Jalan Terengganu-Jabor, Chukai, petang tadi. - Gambar ihsan Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI - Empat individu termasuk seorang bayi maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta Proton Persona di Jalan Terengganu-Jabor, dekat sini petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh Mohd Hafiezul Mohamad berkata kejadian tersebut turut menyebabkan lapan individu termasuk tiga kanak-kanak mengalami kecederaan.

“Dalam kereta yang pertama, dua perempuan dewasa dan seorang bayi maut, manakala empat lagi termasuk dua kanak-kanak cedera. Kereta tersebut dalam perjalanan dari Bukit Besi, Dungun menghala ke Bandar Baru Cheneh, Kemaman.

“Dalam kereta yang kedua pula, seorang lelaki dewasa maut dan empat lagi termasuk seorang kanak-kanak cedera. Kereta tersebut dalam perjalanan dari Perasing dekat Jabor menuju ke Batu Rakit, Kuala Nerus,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohd Hafiezul berkata lima anggota dari BBP Cheneh dan enam anggota yang bersedia di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Perasing bergegas ke lokasi sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.47 petang tadi.

Katanya proses mengeluarkan kesemua mangsa yang maut dan cedera baru sahaja selesai, bagaimanapun identiti mereka masih belum dikenal pasti. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad