web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PDRM, PLUS Aktifkan 2 Laluan Pintar Atasi Kesesakan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2023 6:30PM

Keadaan aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan menuju ke Selatan menunjukkan terdapat pertambahan kenderaan manakala arah ke Kuala Lumpur dilihat bergerak lancar berhampiran Plaza Tol Ainsdale. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia dan Plus Berhad (Plus) mengaktifkan dua laluan pintar di Lebuh Raya Utara Selatan sebagai langkah mengatasi kesesakan berikutan pergerakan kenderaan kembali ke Lembah Klang selepas cuti umum sempena Aidilfitri.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata dua laluan itu melibatkan Kilometer (KM) 259 persimpangan Port Dickson hingga KM263 persimpangan Seremban arah utara dan KM19 persimpangan Senai hingga KM27 persimpangan Kulai arah utara.

"Aliran kenderaan tinggi dari arah selatan, utara dan timur menuju ke ibu kota menyebabkan kesesakan di beberapa tempat seperti kawasan mendaki dan penukaran tiga kepada dua lorong. 

Petugas JSPT berada di lokasi ‘panas’  di lebuh raya, Jalan Persekutuan, jalan negeri dan jalan bandaran yang berlaku kesesakan ke ibu kota termasuk elemen keanggotaan serta unit dron diatur gerak secara sistematik bagi memastikan aliran trafik lancar dan terkawal, " katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Laluan pintar itu bertujuan mengoptimumkan penggunaan semua laluan termasuk membuka ruang paling kiri sebagai laluan sementara untuk menambah kapasiti lorong dan membantu melancarkan aliran trafik.

Mat Kasim berkata orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan kemalangan atau kesesakan luar biasa kepada bilik gerakan trafik Bukit Aman di talian 03-22663356 yang beroperasi 24 jam. 

Sementara itu, JSPT menerusi hantaran di laman di Facebook memaklumkan sebanyak 1,381 kemalangan membabitkan 2,072 kenderaan pelbagai jenis pada hari keempat Op Selamat 20 di seluruh negara, semalam.

Katanya kereta mencatatkan angka tertinggi kemalangan iaitu 1,528 atau 73.7  peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan semalam. 

“Ia diikuti motosikal (256), kenderaan pacuan empat roda (122), kenderaan pelbagai guna (102 kes), van (43), lori (13), bas (lima) dan tiga kes kemalangan melibatkan teksi,” menurut hantaran itu. 

JSPT turut menasihatkan pengguna jalan raya untuk sentiasa peka semasa pemanduan bagi mengelak risiko terlibat dalam kemalangan.

Op Selamat 20 dilaksanakan selama tujuh hari bermula 20 April lepas bertemakan “Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi”. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek