web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mangsa Lemas Tak Sempat Langsungkan Perkahwinan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2023 6:13PM

R Turgadevi, 22, (kanan) ahli keluarga terdekat kepada tiga beradik mati lemas ketika mandi manda di Pantai Cahaya semalam, menunjukkan gambar terakhir bersama salah seorang mangsa, R Sathiyadevi, 19, sewaktu menunggu proses bedah siasat selesai dijalankan di Unit Forensik Hospital Port Dickson hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PORT DICKSON - Hasrat anak sulung daripada enam beradik untuk melangsungkan perkahwinan pada November ini tidak kesampaian selepas ditemukan lemas bersama dua adik perempuannya di Pantai Cahaya, dekat sini semalam.

Sepupu perempuan mereka, R. Thammanty, 30, berkata mangsa, R. Kalaivani, 30 juga telah membuat persiapan untuk mengadakan majlis praperkahwinan dalam waktu terdekat bersama tunang, J. Sathiswaran, 29, yang terselamat ketika kejadian berkenaan.

“Pemergian mereka amat mengejutkan kami semua. Kalaivani dan Sathiswaran dah bertunang sejak lapan tahun lepas, mereka sedang mengumpul wang untuk melangsungkan perkahwinan November nanti, tapi apakan daya apabila dia bersama dua adiknya pergi dulu.

“Dia dan tunangnya tinggal di Taiping, Perak dan pulang bercuti di rumah keluarga Kalaivani di Banting, Selangor pada Sabtu lepas. Saya dan sepupu memang sangat rapat, rumah juga berdekatan, tiada sebarang perubahan ditunjukkan ketika kami berjumpa, mereka sangat ceria,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Port Dickson di sini hari ini.

Selain Kalaivani, turut ditemukan lemas dalam kejadian pada 5.57 petang itu adalah adik keduanya Dawige, 29, dan adik bongsu, Sathiyadevi, 19, manakala adik lelaki yang juga anak kelima, Veeran, 26, dan Sathiswaran berjaya diselamatkan oleh orang awam.

Thammanty berkata percutian sepupunya bersama ibu mereka, K. Anchalay, 52, semalam juga adalah percutian pertama keluarga itu ke Port Dickson kerana sebelum ini mereka hanya ke kawasan sekitar Selangor sahaja.

Menurutnya ketika ini keadaan emosi Anchalay tidak stabil dan masih menangis berikutan hilang ketiga-tiga anak perempuannya serentak, manakala anak lelakinya masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Mengulas kejadian semalam, Thammanty berkata dia menyedari Veeran mengambil kereta di parkir hadapan rumah kira-kira 2 petang dan menjelang malam rumah mereka dilihat masih gelap sehingga menimbulkan kerisauan kerana sebelum ini mereka sekeluarga akan memaklumkan padanya jika mahu ke mana-mana.

“Tidak lama kemudian, saya dapat panggilan daripada mak cik (Anchalay) memaklumkan tiga sepupu saya meninggal dunia, saya fikir mereka kemalangan tetapi sampai di hospital baru tahu mereka lemas. Menurut mak cik kejadian berlaku sangat pantas hingga dia sendiri tidak perasan,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson DSP Muhamad Mustafah Hussin dilaporkan berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan proses bedah siasa sedang dilakukan ketika ini. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar