Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sedih Anak Bertugas Ketika Aidilfitri, Ibu Bapa Kongsi Rai 1 Syawal Di Kota

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2023 6:07PM

Ada juga ibu bapa yang membuat kejutan dengan datang ke ibu kota untuk menyambut Aidilfitri bersama anak-anak yang tidak dapat pulang ke kampung disebabkan terpaksa bekerja. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menjadi kelaziman setiap kali Aidilfitri, umat Islam akan pulang ke kampung halaman untuk berkumpul dan meraikannya bersama ahli keluarga tercinta, sehingga ada sanggup me­nempuh perjalanan lama akibat terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Namun, di sebalik keterujaan itu, ada pula individu yang tiada cuti kerana perlu bertugas, sehingga terpaksa berkorban perasaan apabila menyambut hari istimewa itu di rumah masing-masing.

Lantaran itu, ada ibu bapa memahami situasi terbabit, dengan membuat kejutan datang ke ibu kota bagi menyambut Aidilfitri bersama, seperti dikongsikan mereka kepada Getaran. 

Seorang bapa, Yusof Yaakob, 57, berkata, dia memilih beraya di Putrajaya pada tahun ini selepas empat tahun anaknya tidak dapat pulang ke kampung disebabkan tuntutan tugas, selain terdahulu, terhalang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Yusof Yaakob
Yusof Yaakob

“Ibu bapa mana yang tidak sedih apabila sudah terlalu lama anak tidak pulang di hari pertama Aidilfitri, namun saya memahami situasinya kerana dua tahun sebelum ini disebabkan COVID-19 dan tahun selebihnya, menantu lelaki saya terpaksa bekerja di minggu pertama Syawal. 

“Justeru, saya turun ke Putrajaya dua hari sebelum Aidilfitri agar dapat saya ubati kerinduan menyambut perayaan ini bersama anak dan menantu saya itu, selain meraikannya dengan seorang lagi anak saya yang menetap di sini,” katanya. 

Jelasnya, walaupun teknologi semakin moden yang membolehkan panggilan video dilakukan sebagai ‘pengganti diri’, perasaannya tidak sama seperti bertemu.

Malah, menerusi gajet, kerinduan untuk bersama insan disayangi di hari istimewa itu tidak dapat diluah sepenuhnya.

Dalam pada itu, ditanya perbezaan beraya di bandar, Yusof berpandangan, aktiviti 1 Syawal di ibu kota tidak banyak berbeza dengan amalan di kampung, iaitu melaksanakan solat Aidilfitri, menikmati hida­ngan tradisi, selain berkunjung ke rumah saudara mara serta jiran. 

“Namun, apa menyeronokkan adalah lalu lintas di Kuala Lumpur tidak sesak dan memberi peluang kepada saya dan anak-anak, melawat lokasi menarik serta ziarah raya.

“Ini bukanlah perkara baharu bagi saya kerana sudah empat kali juga saya sambut 1 Syawal di bandar sejak dua anak saya melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor,” katanya yang menetap di Pendang, Kedah. 

Azizah Ariffin
Azizah Ariffin

Sementara itu, Azizah Ariffin, 60, berkata, kata-kata anaknya yang menggambarkan betapa gembiranya jika dapat beraya bersama keluarga, malah seperti memberi bayangan mengharapkannya meraikan Syawal di Kuala Lumpur, benar-benar meruntun jiwa.

Jelasnya, sudah dua tahun anaknya itu tidak dapat pulang meraikan lebaran di kampung halaman mereka di Pokok Sena, Kedah kerana terpaksa bertugas.

Bagi menjadikan Aidilfitri kali ini lebih bermakna, beliau sekeluarga mengambil keputusan menyambut 1 Syawal di rumah anaknya itu di Kuala Lumpur. 

“Memang sebak kerana dia bukan sengaja tidak dapat pulang ke kampung, tetapi sudah dua tahun terpaksa bekerja pada beberapa hari awal Aidilfitri. Saya selalu nasihatkannya agar sentiasa bersabar dengan ujian Allah. 

“Ada kala, saya terpaksa letak panggilan daripadanya sebab terlalu sebak. Kalau saya menangis, dia akan lagi sedih, jadi kali ini saya memilih beraya di bandar sebagai ‘hadiah’ untuk anak saya,” katanya.

Ditanya aktiviti dilakukan pada hari raya pertama, Azizah berkata, mereka sekeluarga memilih berkunjung ke lokasi tumpuan orang ramai di sekitar Kuala Lumpur. 

“Saya tidak mahu peluang beraya bersama ini dipersiakan, jadi kami mengisinya dengan aktiviti sekeluarga. Sudah menjadi tanggungjawab sebagai ibu untuk melakukan terbaik buat mereka. 

“Walaupun tidak dapat berkunjung ke rumah sana saudara di kampung, sebenarnya seronok juga beraya di bandar bersama suami dan dua anak saya kerana kami dapat ke beberapa tempat sering diperkatakan, antaranya Bukit Ampang serta KLCC,” katanya. - Getaran, 24 April 2023.

Sorotan

1

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

2

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

3

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

4

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

5

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

6

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Inisiatif Utamakan Artis Veteran Dalam Penganjuran Majlis, Program Ringankan Beban Kewangan

Semasa 18 jam yang lalu

SPRM Tahan Bekas CEO Badan Berkanun Disyaki Seleweng RM1.2 Bilion

Semasa 2 jam yang lalu

Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah, Kata KPN

Semasa 1 hari yang lalu

Siapa Yang Masak Di Stesen Minyak Hari Tu? Polis Tengah Cari!

oleh Sophia Ahmad