Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tindakan Norlin Pertikai Nik Nazmi Biadap, ‘Adakah Cemburu Agong Jemput Keluarga Menteri?’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2023 9:39PM

Norlin mempersoalkan adakah Nik Nazmi tidak mengetahui protokol menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Istana Negara semalam, selepas turut membawa beberapa anaknya ke acara rasmi berkenaan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sindiran dikeluarkan isteri mantan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah kononnya tindakan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad membawa anak ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitiri di Istana Negara sebagai tidak mengetahui protokol, dianggap biadap dan jelas memaparkan kejahilannya.

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Chua Wei Kiat berkata, lebih melampau apabila isteri pemimpin itu, Norlin Shamsul Bahri dengan sewenang-wenangnya menyatakan seolah-olah makanan dinikmati beberapa anak Nik Nazmi sebagai ‘haram’ sekiranya hadir tanpa jemputan.

Malah, beliau menyifatkan Norlin sebagai cemburu dan mempertikaikan jemputan Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk keluarga Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan, menghadiri majlis itu yang turut menunjukkan kebiadapannya terhadap Istana Negara.

Chua Wei Kiat - Gambar fail
Chua Wei Kiat - Gambar fail

“Saya mengambil maklum isteri kepada mantan Menteri, Saifuddin Abdullah iaitu Norlin Shamsul Bahri mempersoal tindakan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad membawa keluarganya hadir ke majlis hari raya di Istana Negara.

“Norlin yang dilihat cemburu bukan sahaja menuduh Nik Nazmi tidak memahami protokol, malah menjatuhkan hukum dengan menyatakan makanan dimakan anak-anak Nik Nazmi sebagai ‘haram’ jika hadir tanpa jemputan,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, walaupun Nik Nazmi sudah menerangkan bahawa jemputan itu turut dibuat untuk keluarga hadirin, malah Istana Negara memaklumkan perkara sama, Norlin masih mempertikaikannya.

“Bagaimanapun Norlin masih gigih mempertikai walau tahu beliau sudah melakukan kesilapan dengan menuduh Nik Nazmi tanpa selidik.

“Adakah Norlin Cemburu Yang di-Pertuan Agong menjemput keluarga Jemaah Menteri untuk hadir sama meraikan Aidilfitri?,” soalnya.

Selain itu, Wei Kiat yang juga Ahli Parlimen Rawang berkata, Norlin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila beliau menyalahkan peniaga bazar Ramadan selepas dijangkiti COVID-19 pada 2021.

“Tindakan biadap beliau mendapat kecaman orang ramai pada waktu itu,” katanya.

Pada masa sama, beliau meminta ahli Perikatan Nasional (PN) supaya berhenti mempertikai semua perkara.

“Puak PN perlu berhenti mempertikai semua perkara kerana tindakan itu hanya memperlihat kebodohan mereka,” katanya.

Menerusi kenyataannya hari ini yang dibuat menerusi Instagram, Norlin mempersoalkan adakah Nik Nazmi tidak mengetahui protokol menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Istana Negara semalam, selepas turut membawa beberapa anaknya ke acara rasmi berkenaan.

“Wah majlis rasmi bawa anak beranak ke istana.

“Tak tahu protokol ke pak menteri?” tulisnya di ruangan komen gambar dikongsi Nik Nazmi di Instagram.

Nik Nazmi kemudian memberi reaksi dengan menjelaskan beliau menerima jemputan dari Istana Negara untuk membawa ahli keluarganya bersama.

‘Jemputan dari istana untuk bawa isteri, anak dan cucu. Tapi saya tiada cucu jadi bawa anak dan isteri’,” jawabnya.

Terdahulu, Nik Nazmi berkongsi gambar memaparkan beliau dan beberapa anaknya, merakamkan foto kenangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika majlis itu.

“Beraya bersama dengan PMX (Perdana Menteri Ke-10),” tulis Nik Nazmi menerusi keterangan di gambar itu.

Tindakan dibuat Norlin itu turut ‘memakan diri sendiri’ selepas dia dikecam warga maya, termasuk dianggap tidak memahami protokol sebenar serta ‘busuk hati’. – Getaran, 23 April 2023

Sorotan

1

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

2

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

3

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

4

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

5

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

6

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Boleh Buka Taman Haiwan, Tapi Perlu Lepasi Tapisan Ketat - Nik Nazmi

Semasa 1 hari yang lalu

Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM Tak Langgar Undang-Undang, Kata LFL

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Sukan 1 hari yang lalu

Faisal Halim Tunjuk Kesembuhan Positif

Semasa 1 hari yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 Individu Termasuk Warga Singapura Direman  7 Hari