web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 22 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masjid Di Negeri Sembilan Beri Duit Raya Ikut Jumlah Syiling Dua Genggam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2023 6:19PM

Kanak-kanak ini mengambil duit raya dengan menggunakan genggaman dua tangan di Masjid Kariah Desa Anggerik di Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. - Gambar dari FMT

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Berbeza dengan amalan lazim pemberian duit raya sempena Aidilfitiri yang menyaksikan ia diserahkan dalam bentuk wang kertas dan menggunakan sampul, Masjid Kariah Desa Anggerik di Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan memberikannya dalam bentuk syiling yang diletakkan di dulang sempena Aidilfitri.

Pengerusi Masjid Kariah Desa Anggerik, Nasarudin Zainal berkata, jumlah duit raya diperoleh seriap kanak-kanak itu bergantung kepada berapa banyak syiling boleh diambil mereka menggunakan genggaman dua tangan.

Menurutnya, duit syiling itu disumbangkan orang ramai menerusi tabung masjid dan anggarannya lebih kurang RM550.

“Idea pemberian duit syiling ini tercetus selepas melihat begitu banyak syiling datang daripada sumbangan orang ramai dalam tabung masjid, justeri kita beri peluang kepada kanak-kanak sehingga 12 tahun ambil duit raya dalam dulang, selepas selesai solat dan khutbah Aidilfitri.

“Aktiviti ini diadakan secara suka-suka saja bagi menceriakan suasana pagi Syawal, selain menggalakkan kanak-kanak datang ke masjid,” katanya seperti dilaporkan FMT.

Beliau berkata, hanya wang kertas digunakan pengurusan masjid itu untuk pelbagai urusan.

“Kita sepakat jadikan syiling ini sebagai duit raya, sekali gus memberi manfaat kepada anak kariah.

“Ini kali pertama kami mengadakan acara seperti ini. Selain duit syiling, wang kertas turut diberikan kepada kanak-kanak sebagai tambahan,” katanya.

Seorang kanak-kanak yang berpeluang menerima wang itu, Ainnur Qayla Mardhiyya Mohd Farid, 7, berkata, dia ke masjid berkenaan bersama bapanya untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Katanya, dia seronok mendapat duit raya sebanyak RM13 hasil genggaman dua tangannya. – Getaran, 23 April 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan