web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Yana Rindu Ayah, Tahun Ini Sangat Berbeza’, Anak Najib Hiba Sambut Raya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2023 6:43PM

Nooryana Najwa dan amat merindui bapanya yang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah melakukan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan serta pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Anak perempuan kepada Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa Najib berkongsi luahan hati dan perasaan hiba apabila suasana sambutan Aidilfitri keluarganya pada tahun ini, disifatkan suram dan tidak bererti tanpa kehadiran bapa tersayangnya itu.

Berkongsi perkara itu di Instagram hari ini, Nooryana Najwa atau lebih mesra membahasakan dirinya Yana turut mengakui amat sedih mengenangkan situasi bapanya yang pertama kali bersendirian menyambut Syawal apabila kini menjalani hukuman penjara.

Menurutnya, perkara paling dirinduinya adalah berkumpul bersama seluruh keluarga untuk meraikan lebaran dengan cukup meriah.  

“Setiap tahun hari raya disambut bersama keluarga tercinta. Tahun ini amat berbeza buat kami sekeluarga beraya tanpa ayah di sisi.  

“Yana rindu untuk berkumpul bersama keluarga meraikan hari raya dengan meriah,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Yana berkongsi video kenangan bersama ayahnya sebelum ini.

“Yana amat terkesan apa yang berlaku terhadap ayah sehingga beliau terpaksa beraya keseorangan di penjara,” katanya.  

Terdahulu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kepada Najib, selepas mantan Perdana Menteri itu didapati bersalah melakukan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan serta pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Bagaimanapun, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO baru-baru ini, memohon ihsan Al-Sultan Abdullah untuk mempertimbangkan pengampunan penuh kepada Najib, sebagaimana kuasa diperuntukkan mengikut Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan. - Getaran, 22 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

2

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Penjara Di Rumah Atau Di Kajang, Nasib Najib Ditentukan Januari 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad