web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masyarakat Perlu Suburkan Amalan Berkunjung Ketika Aidilfitri Demi Perkukuh Keharmonian, Perpaduan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2023 9:24AM

Amalan kunjung mengunjung sempena Aidilfitiri perlu disuburkan dalam kalangan masyarakat supaya keharmonian dan perpaduan rakyat terus diperkukuh - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Amalan kunjung mengunjung sempena Aidilfitiri perlu disuburkan dalam kalangan masyarakat supaya keharmonian dan perpaduan rakyat terus diperkukuh.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ketibaan hari istimewa itu juga harus digunakan untuk mengamalkan tradisi terbabit.

“Di hari yang mulia ini, gunalah kesempatan untuk menziarahi sanak-saudara, jiran tetangga dan sahabat handai untuk mengeratkan lagi hubungan persaudaraan dengan saling bermaafan.

“Lebih-lebih lagi amalan kunjung-mengunjung ini sudah menjadi tradisi dalam masyarakat kita dan perlulah disuburkan supaya keharmonian serta perpaduan di negeri kita terus diperkukuh,” katanya menerusi kenyataan bertajuk 'Ramadan Pasti Dirindui, Syawal Disambut Penuh Erti' di Facebook.

Selain itu, bersempena Syawal, beliau berkata, masyarakat perlu menzahirkan kesyukuran tidak terhingga di atas anugerah Allah SWT kerana memberikan nikmat dan peluang untuk mereka meraikan lebaran pada tahun ini.

“Biarpun Ramadan sudah berlalu, tetapi tetaplah kita istiqamah dan meneruskan rutin sama seperti sebulan yang lalu.

“Jika Ramadan digelarkan sebagai bulan tarbiyah atau pelatihan diri, maka Syawal bolehlah dianggap sebagai medan ujian diri bagi menguji keberhasilan terhadap latihan yang sudah dilalui selama sebulan,” katanya.

Pada masa sama, Ahmad Samsuri berkata, sebagaimana Ramadan yang menyaksikan umat Islam berpeluang menggandakan amalan baik, diharap sikap itu diteruskan pada bulan yang lain.

Justeru, beliau mengajak umat Islam terus mengimarahkan masjid dan majlis ilmu, bersedekah dan sebagainya agar Aidilfitri yang dirai ini lebih bererti.

Ahmad Samsuri berkata, tahun ini masyrakat dapat meraikan lebaran dalam suasana lebih meriah, memandangkan tiada lagi sekatan atau peraturan perlu dipatuhi, sepertimana tiga tahun terdahulu.

“Namun, ia tidak bermakna kita boleh mengabaikan aspek keselamatan memandangkan wabak penyakit masih ada di sekeliling kita.

“Amalkan langkah pencegahan sekiranya terdapat simptom seperti demam, batuk dan selsema,” katanya.

Bersempena Aidilfitiri juga, beliau meminta anak perantau yang pulang ke kampung halaman, merancang perjalanan dengan baik dan mendoakan perjalanan mereka selamat.

“Patuhilah undang-undang lalu lintas, pandu dengan cermat dan waspada bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.

“Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing dan selamat kembali ke tempat bertugas,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Ahmad Samsuri menitipkan ucapan selamat hari raya kepada seluruh umat Islam, terutama rakyat Terengganu yang dikasihi.

“Saya dan mewakili kerajaan Terengganu, dengan luhur hati ikhlas (memohon) kemaafan, segala silap dan salah mohon diampuni. Moga Syawal ini lebih bererti.

“Selamat Hari Raya Aidilfitiri, Maaf Zahir dan Batin,” katanya. – Getaran, 22 April 2023

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 bulan yang lalu

Hari Raya Aidil Fitri: Melangkaui Toleransi — Seruan Untuk Penerimaan

2

Kolum 1 tahun yang lalu

Menghitung Rahmat Dan Bahagia Di Aidilfitri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sambut Raya Gaya Kampung Sungai Tiram

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 8 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad