web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Teruskan Kebajikan Yang Dibuat Ketika Ramadan, Lahir Generasi Muda Lebih Bermaruah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2023 3:34PM

Amirudin Shari - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Umat Islam disaran meneruskan segala amal kebajikan yang dilakukan ketika Ramadan, khususnya sebarang aktiviti menyantuni anak yatim dan golongan memerlukan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia seiring maksud sebenar Aidilfitri, iaitu menyambut kemenangan yang ditandai dengan kepulangan kembali kepada fitrah.

Menurut beliau, Ramadan yang berlalu membawa seribu satu makna kepada umat Islam yang taat.

“Masing-masing mencari Lailatul Qadr dan melaksanakan pelbagai kebajikan dalam mengejar Mardhatillah.

“Alhamdulillah saya melihat kemakmuran dan kesederhanaan malam-malam terakhir Ramadan di masjid seluruh negeri Selangor,” katanya menerusi perutusan Aidilfitri rasmi hari ini.

Kesederhanaan itu katanya, harus diteruskan dan ditampilkan bukan sahaja melalui tindakan, tetapi juga menerusi akal budi serta fikiran agar dapat diwarisi generasi akan datang.

“Biarlah anak-anak kita turut mewarisi budaya dan akhlak yang serupa supaya dapat melahirkan generasi yang bermaruah dan berwawasan.

“Manfaatkanlah sepenuhnya silaturahim dan ukhuwah yang telah kita bina selama ini seperti yang dianjurkan agama,” katanya.

Dalam perkembangan lain Amirudin berkata, kejayaan prestasi pungutan hasil kerajaan negeri membolehkan beliau mengumumkan Insentif Khas Aidilfitri Kita Selangor 2023.

“Menerusi insentif ini, kita bukan sahaja memberi satu bulan gaji kepada penjawat awam negeri Selangor, tetapi juga penjawat awam Persekutuan yang bertugas di negeri ini.

“Sekali lagi, bagi pihak kerajaan negeri Selangor, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua.

“Saya memohon ampun dan maaf setulus ikhlas atas sebarang kekurangan yang ada dan berazam untuk terus memberi khidmat yang terbaik buat semua. Taqaballallahu minna wa minkum,” katanya. - Getaran, 21 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Selangor Sambut Baik Cadangan Lokasi Hospital Awam PJ - Amirudin

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan