Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lemang Tepung Miliki Peminat Tersendiri Di Lipis, Raub

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2023 1:09PM

Zainab Idris, 58, menunjukkan lemang tepung siap dimasak yang ditempah pelanggan sempena sambutan Aidilfitri. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LIPIS - Jika dilihat luaran, ia sama seperti lemang diperbuat daripada beras pulut yang menjadi juadah tradisional popular setiap kali sambutan hari raya. 

Namun, apabila diperhatikan, ramai dapat menyedari saiz buluhnya lebih 'halus' berbanding lemang pulut, selain tiada daun pisang digunakan dan 'isi buluh' yang berwarna coklat. 

"Ini lemang tepung atau ada yang memanggilnya kelamai. Lemang ini ada peminat tersendiri... nampak serupa (seperti lemang pulut) tapi rasanya jauh berbeza," kata Zainab Idris, 58, yang menjual juadah istimewa itu sejak puluhan tahun. 

Seperti namanya, lemang tepung menggunakan tepung gandum sebagai bahan utama selain tepung pulut, santan dan gula kabung, iaitu manisan popular negeri Pahang yang dihasilkan daripada air nira pokok kabung. 

Zainab berkata proses membuat lemang tepung bermula dengan mencairkan gula kabung bagi menghasilkan air gula, yang perlu disejukkan sebelum dicampur bersama bahan-bahan lain dan digaul sebati. 

"Adunan juga perlu ditapis supaya ia elok dan benar-benar tidak berketul. Selepas itu, barulah adunan boleh dituang ke dalam buluh, namun jangan diisi sehingga penuh atau ia akan melimpah semasa dibakar. 

"Bahagian dalam buluh juga perlu dilumurkan dengan minyak masak supaya lemangnya tidak melekat (pada buluh) dan mudah dikeluarkan apabila dibelah," kata ibu kepada enam orang anak itu. 

Proses membakar lemang tepung juga, menurut Zainab kebiasaannya mengambil masa antara satu hingga dua jam, dan boleh diketahui sudah masak apabila isinya 'sedikit keluar' daripada bahagian atas buluh. 

"Rasanya berlemak dan manis disebabkan gula kabung. Lebih sedap jika dimakan panas-panas... sebab itu ramai yang suka memanaskan kembali lemang tepung sebelum dimakan," katanya. 

Seperti raya tahun-tahun sebelumnya, Zainab dan suami Nordin Baki, 62, menyiapkan ratusan tempahan lemang tepung di dapur rumah mereka di Kampung Melayu Jerkoh di sini, dengan bantuan anak, menantu serta cucu.

Sebatang lemang tepung dijual pada harga RM7 dan selain penduduk sekitar daerah Lipis dan Raub, lemang air tangan mereka juga pernah 'merantau' sehingga Kelantan dan Selangor.

Dia yang belajar cara membuat lemang tepung daripada emak dan ibu mentuanya mengakui mula mengambil tempahan selepas ramai yang bertanya apabila melihat juadah tersebut dihidangkan di rumahnya pada hari raya. 

"Mungkin disebabkan tidak ramai yang menjualnya berbanding lemang pulut. Kadang-kadang tidak menang tangan mahu menyiapkan tempahan terutamanya pada tahun lepas disebabkan raya terkejut.

"Untuk tahun ini, kami mula membuat lemang tepung semalam (Khamis), namun tempahan sudah mula diambil sejak awal Ramadan supaya kami boleh mengatur masa dengan lebih baik," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

Semasa 1 hari yang lalu

Hadiri Perkampungan Sunnah: PM Berjiwa Besar - Penyelidik

Semasa 6 jam yang lalu

Kepala Air Lahad Datu: Aktiviti River Hiking Tak Dapat Kelulusan, Kebenaran