web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Ajak Rakyat Malaysia Lakukan Pecutan Terakhir Ramadan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2023 7:02AM

Anwar hadir ke majls berbuka puasa dan solat Magrib bersama jemaah Masjid Ashabus Solihin di Taman Rakan, Kajang, malam tadi. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak masyarakat Muslim melakukan pecutan terakhir Ramadan yang berbaki satu hari dengan melakukan amal ibadah sebelum menyambut Aidilfitri Sabtu ini.

"Rebut keberkatan dan terus berdoa kepada-Nya, insya-Allah," kata beliau melalui platform rasmi media sosialnya.

Perdana Menteri turut melahirkan rasa syukur dapat berbuka puasa bersama jemaah Masjid Ashabus Solihin di Taman Rakan, Kajang dan menunaikan solat Maghrib bersama mereka malam tadi.

“Alhamdulillah diberi kesempatan berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib bersama para jemaah lain,” kata Anwar yang turut berkongsi gambar di media sosialnya.

Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan bahawa umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri Sabtu ini.

Sebelum ini dilaporkan buat julung kalinya, Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI bersama Perdana Menteri sempena sambutan Aidilfitri 2023 akan diadakan di tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan turut memaklumkan Anwar tidak akan mengadakan Rumah Terbuka pada 1 Syawal 1444H di kediaman rasmi beliau di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan