web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Tawar Promosi Bayaran Saman Trafik RM50 Selama Sebulan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2023 3:33PM

PDRM akan memberikan kadar khas bayaran saman itu selama sebulan hingga 21 Mei depan. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bagi membantu mengurangkan bebanan kewangan rakyat, kerajaan menawarkan kepada pengguna yang mempunyai saman trafik untuk membayarnya pada kadar harga RM50 setiap satu bermula 21 April ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, justeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberikan kadar khas bayaran saman itu selama sebulan hingga 21 Mei depan, bagi semua saman trafiknya untuk kesalahan pada 2022 dan sebelumnya.

Katanya, kadar harga RM50 dan kadar khas itu tidak terpakai bagi saman trafik dikeluarkan pada 2023.

“Namun, PDRM komited untuk terus memastikan keselamatan jalan raya pada tahap optimum, terutamanya semasa musim perayaan.

“Maka, bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna jalan raya sempena Aidilfitri ini, PDRM akan melaksanakan Op Lancar pada 18 dan 19 April dengan memfokuskan kepada laluan yang dijangka mengalami kesesakan,” katanya menerusi Perutusan Khas Sempena Perayaan Aidilfitri 2023 hari ini.

Beliau berkata, PDRM juga akan melaksanakan Op Selamat 20 bermula 20 April ini, bagi tempoh tujuh hari dengan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’.

“Bagi tujuan ini, PDRM juga akan bekerjasama dengan agensi lain, termasuk RELA (Jabatan Sukarelawan Malaysia) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk memastikan laluan ‘hotspots’ (kawasan panas), seperti susur masuk serta keluar di plaza tol misalnya, tidak mengalami kesesakan lalu lintas,” katanya.

Anwar berkata, sempena Aidilfitri, Jabatan Penjara Malaysia akan melaksanakan pelepasan Orang Bebas Berlesen (OBB) di bawah Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti).

“Ikhtiar ini memberi peluang kepada penghuni penjara beragama Islam merayakan Aidilfitri bersama keluarga tercinta, selain penghuni agama lain berpeluang mengeratkan hubungan kekeluargaan.

“Pelepasan OBB ini dilaksanakan di seluruh institusi Penjara Malaysia melibatkan pelepasan lebih 1,000 OBB sepanjang Ramadan dan Syawal,” katanya. - Getaran, 18 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad