web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dituntut Minta Maaf, Charles Minta Bestinet ‘Ketepikan Semantik’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2023 7:04AM

Charles Santiago - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, Bestinet Sdn Bhd tetap menjadi kebimbangan berhubung isu pengambilan pekerja asing, sambil menyatakan gesaannya sebelum ini untuk mengkaji semula peranan syarikat itu dalam sektor buruh asing.

Beliau berkata, syarikat teknologi maklumat itu, yang membangunkan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) untuk kerajaan, telah disiasat sebelum ini berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan pemilihan 25 agensi Bangladesh untuk pengambilan pekerja asing.

“(Ini adalah) kebimbangan yang turut dibangkitkan oleh Persatuan Agensi Pengambilan Pekerja Antarabangsa Bangladesh.

“Keperluan untuk mengkaji semula Bestinet juga dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang ketika itu dan Perdana Menteri (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.

“Mari kita fokus kepada amalan rasuah yang menyelubungi pengambilan buruh,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada permintaan Bestinet untuk memohon maaf atas dakwaannya bahawa syarikat itu adalah broker dalam pengambilan pekerja asing.

“Bestinet mengakui ia telah mengakreditasi 100 agensi buruh setakat ini. Tetapi bagaimana mereka dipilih daripada 1,300 agensi sedia ada? Adakah ia disebabkan oleh kecekapan, amalan terbaik dan kualiti lain?” katanya.

Bestinet kelmarin menuntut permohonan maaf daripada Charles sekali gus menyangkal dakwaannya bahawa ia terlibat dalam proses pengambilan pekerja asing, dan mengulangi peranannya sebagai hanya sebuah syarikat IT yang membangunkan sistem FWCMS.

Syarikat itu berkata, ia mempunyai hak untuk mendapatkan penyelesaian undang-undang terhadap Charles, yang meminta firma itu "dibongkar" kerana didakwa "dikawal oleh broker buruh utama".

Charles semalam mengulangi pendiriannya bahawa pengurusan pekerja asing harus diletakkan di bawah Pejabat Perdana Menteri bagi memastikan ketelusan dan akauntabilitinya. - The Vibes, 18 April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi