web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ya, Kami Pergi Ke Rumah Sivakumar - SPRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2023 4:19PM

Difahamkan, ia adalah proses yang lazim dilakukan dalam mana-mana siasatan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengakui mengunjungi kediaman Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar semalam, sebagai sebahagian daripada proses siasatan berhubung skim pengambilan pekerja asing.

Seorang pegawai kanan SPRM memberitahu The Vibes, ia adalah proses yang lazim dilakukan dalam mana-mana siasatan.

“Tiada serbuan dalam erti kata sebenar, hanya lawatan biasa. Tiada apa yang dramatik,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan.

Difahamkan, lawatan tersebut adalah sebahagian daripada usaha untuk melihat jika ada sebarang dokumen atau bahan berkaitan siasatan.

Sivakumar awal hari ini menafikan laporan media bahawa rumahnya diserbu pihak berkuasa.

“Tidak, tidak,” katanya ringkas, apabila ditanya media mengenai perkara itu ketika menghadiri sebuah acara di Hotel Le Meridien, di sini hari ini.

Beberapa organisasi media hari ini melaporkan, kediaman menteri berkenaan diserbu SPRM selepas beliau memberi keterangan kepada suruhanjaya tersebut, semalam.

Ia susulan penahanan dua pembantu Sivakumar dan ejen pengambilan pekerja asing.

Mereka bagaimanapun sudah dilepaskan daripada ditahan reman.

Menurut info diterima, SPRM melawat kedua-dua kediaman dan pejabat Sivakumar. Beliau menghabiskan masa selama enam jam untuk soal siasat di ibu pejabat SPRM di sini.

Beliau juga mengesahkan disoal oleh SPRM.

“(Saya) tak ditahan, hanya memberikan keterangan,” katanya.

“Saya akan berikan kerjasama penuh. Kementerian Sumber Manusia juga akan memberi sepenuh kerjasama untuk siasatan, tiada masalah.” - The Vibes, 17 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam