web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Bakar Mercun Tepi MRR2 Ditahan Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2023 7:02AM

Seorang lelaki dalam sebuah video tular yang dilihat sengaja membakar mercun di tepi MRR2 berhadapan Petronas Lotus Ampang, telah ditahan polis. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dalam sebuah video tular yang dilihat sengaja membakar mercun di tepi  Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhadapan Petronas Lotus Ampang, di sini, baru-baru ini telah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata lelaki warga tempatan berusia 35 itu ditahan pada pukul 10 malam semalam di tepi Jalan Dagang, di sini.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati suspek, seorang pemandu lori telah membakar mercun jenis cake (138) shot atas permintaan pelanggan premis milik kawannya.

"Suspek yang tidak mempunyai sebarang rekod lampau serta negatif ujian saringan dadah telah dibawa ke Mahkamah Ampang dan dibenarkan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari sehingga Rabu depan. 

"Kes disiasat bawah Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 kerana menggunakan apa-apa bahan letupan yang mungkin boleh membahayakan nyawa atau kerosakan harta atau kecederaan pada orang," katanya dalam satu kenyataan. 

Mohamad Farouk berkata suspek juga disiasat mengikut Seksyen 3(5) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 kerana bermain dan membakar mercun dan bunga api.

Beliau berkata polis memberikan amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang perbuatan menggunakan bahan letupan membahayakan nyawa atau kerosakan atau kecederaan.

Terdahulu, tular video di media sosial yang memaparkan tindakan suspek yang membakar mercun di atas MRR2 berhadapan Petronas Lotus Ampang yang dirakam orang ramai. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi