web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cuaca Panas, Semua Jabatan, Agensi KPKM Siap Sedia Hadapi Situasi - Menteri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2023 2:39PM

KPKM bersiap sedia serta sentiasa memantau dari semasa ke semasa keadaan cuaca panas yang dijangka menjejaskan sektor pertanian negara - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Semua pegawai di jabatan dan agensi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersiap sedia serta sentiasa memantau dari semasa ke semasa keadaan cuaca panas yang dijangka menjejaskan sektor pertanian negara.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata setakat ini keadaan stok pertanian negara masih terkawal dan pihaknya akan memastikan khususnya barangan keperluan harian mencukupi.

“Kita pantau keadaan itu dari semasa ke semasa. Ini memang kita pantau dalam bentuk harian. Pegawai kita antaranya di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) setiap masa pantau supaya stok ada dan mencukupi,” katanya.

Mohamad berkata kementeriannya juga turut merangka pelan kecemasan sekiranya berlaku situasi kekurangan bekalan makanan berikutan situasi cuaca panas ketika ini.

“Kita sedia juga (ada pelan) kecemasan kalau perlu import (barangan pertanian) jika berlaku sebegitu rupa. Kita sudah ada tempat (dari mana nak diimport) kalau perlu buat dalam keadaan segera,” katanya. 

Terdahulu, Mohamad hari ini turut melancarkan Jualan Agro MADANI di bertempat di Kampung Johan Setia di sini dan jelasnya penganjuran program itu akan dilaksanakan di sembilan lokasi lain sekitar Selangor dan Kuala Lumpur selepas ini.

Katanya, Jualan Agro MADANI merupakan projek rintis berkonsepkan jualan pada harga berpatutan berfokuskan kepada pengguna yang memerlukan dan platform dalam menyediakan ketersediaan serta akses kepada pengguna dalam mendapatkan barangan keperluan seterusnya memberi ruang pasaran kepada usahawan. 

“Melalui program ini, komoditi jualan diperluaskan meliputi produk segar dan barang kawalan dengan penjimatan 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran setempat bagi komoditi terpilih. 

“Antara fokus lokasi melalui Jualan Agro MADANI adalah di outlet peruncitan agensi di bawah KPKM, Projek Perumahan Rakyat (PPR), kawasan perumahan, kawasan miskin bandar dan pinggir bandar,” katanya.

Mohamad berkata sasaran nilai jualan bagi program berkenaan adalah sekitar RM150,000 bagi 10 kali penganjuran dan dijangkakan seramai 5,000 pengunjung akan hadir dengan menikmati penjimatan sejumlah RM45,000.

Katanya, pemakluman lokasi penganjuran seterusnya akan dilakukan di laman sosial rasmi milik Fama dalam masa terdekat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

10 Kawasan Di Semenanjung Catat Cuaca Panas Tahap Berjaga-jaga - MetMalaysia

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kepala Lori Terbakar Di Lebuh Raya

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas Kekal Hingga April

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad