web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Setakat Ini Saya Tidak Dipanggil SPRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2023 10:04PM

V. Sivakumar berkata beliau akan memberikan kerjasama termasuk memberikan kenyataan sekiranya diminta oleh pihak SPRM - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar, mengesahkan beliau tidak dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini, susulan penahanan beberapa pegawai kanannya.

Sivakumar berkata beliau akan memberikan kerjasama termasuk memberikan kenyataan sekiranya diminta oleh pihak SPRM.

“… belum dipanggil, kalau dipanggil saya rela pergi untuk beri keterangan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Hi-Tea Bersama Pemimpin Badan Bukan Kerajaan Masyarakat India Sempena Sambutan Perayaan Chithirai Phutandu 2023 hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai penahanan beberapa orang pegawai kanannya dipercayai berkaitan isu pengambilan pekerja asing.

Sivakumar berkata ketika ini pihak SPRM masih menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

“Saya dan juga semua pegawai di Kementerian Sumber Manusia (KSM) bersedia untuk memberi sebarang kerjasama, sepertimana dalam ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bahawa pihak SPRM jalankan tanggungjawab mereka dan adalah menjadi tugas dan tanggungjawab saya dan seluruh anggota KSM untuk beri sebarang kerjasama.

“Dari segi prinsip, saya menyokong penuh pelaksanaan undang-undang yang berteraskan kepada keadilan dan kebenaran dalam siasatan ini, tidak jadi masalah,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek