web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Runtuhan Di Tasik Kenyir: Kerajaan Persekutuan Akan Beri Perhatian Segera - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2023 9:17PM

Anwar Ibrahim ketika tiba di Kuala Terengganu hari ini - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan Kerajaan Persekutuan akan memberi perhatian segera terhadap masalah runtuhan tanah di sekitar Tasik Kenyir demi keselamatan rakyat Terengganu.

Anwar berkata meskipun Terengganu merupakan negeri pembangkang, namun Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri harus bersama-sama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah rakyat. 

“Yang baru disebut kepada saya iaitu tentang masalah di Tasik Kenyir kerana berlaku runtuhan dan saya bincang dengan Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Mohd Zuki Ali) kalau itu satu hal yang benar-benar mendesak, kalau untuk menjamin keselamatan kawasan Tasik Kenyir dan Terengganu kerana limpahan air dan kerosakan yang mungkin berlaku, tentunya saya bagi perhatian segera.

Walaupun Menteri Besar (Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar) daripada parti lain, itu tidak menjadi masalah. Kalau masalah itu masalah rakyat kita mesti hadapi bersama,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Malaysia MADANI: Perdana Menteri Bersama Rakyat Terengganu di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu, di sini hari ini.

Majlis berbuka puasa bersama pemimpin nombor satu negara itu turut dihadiri Ahmad Samsuri dan Mohd Zuki beserta kira-kira 1,500 pelajar dan rakyat dari sekitar Kuala Nerus.

Dalam pada itu Anwar menegaskan pendiriannya untuk mempertingkatkan kerjasama dengan kerajaan negeri termasuk dari negeri pembangkang demi kepentingan rakyat. 

Sebagai contoh katanya Kerajaan Persekutuan tidak meminggirkan negeri-negeri pembangkang dalam Belanjawan MADANI yang diumumkan Februari lepas dengan pertambahan peruntukan kepada negeri-negeri termasuk Terengganu, selain pengumuman projek tebatan banjir yang turut melibatkan Terengganu dan Kelantan.

 Ahli Parlimen Tambun itu juga berkata beliau terbuka dengan sebarang kritikan dan teguran daripada kerajaan negeri termasuk negeri pembangkang terhadap sebarang tindakan dan keputusannya asalkan ia tidak mempunyai unsur serangan peribadi yang memecah-belahkan rakyat.

“Saya akan tingkatkan kerjasama dengan negeri-negeri cuma saya harap rakan-rakan negeri terutama pembangkang di peringkat Persekutuan juga akan dapat beri kerjasama dan laluan supaya kita dapat lakukan dengan cara baik,” katanya.

Pada majlis itu beliau turut menyampaikan sumbangan 100 Bakul Rahmah UMT (Universiti Malaysia Terengganu) kepada golongan miskin di Daerah Kuala Nerus.

Turut berlangsung, upacara penyerahan zakat daripada Maybank Bhd; Bank Rakyat; Etiqa Takaful Bhd; Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM); RHB Bank;  AmBank Group Bhd; Perumahan Kinrara Bhd dan Takaful Malaysia Sdn Bhd berjumlah RM815,211 kepada Tabung Zakat Pelajar UMT.

Terdahulu Ahmad Samsuri dalam ucapannya berkata kunjungan Perdana Menteri ke Terengganu pada hari ini adalah gambaran komitmen dan semangat hubungan proaktif antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.

Menurut beliau kunjungan ini secara langsung akan memperkukuh hubungan, seterusnya mewajarkan hasrat pembangunan wilayah yang seimbang di semua negeri.

"Konsep muafakat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri atas dasar kepentingan rakyat akan memberi harapan kepada mereka. Pemimpin adalah tempat rakyat mengadu dan bertanggungjawab membawa negara ke masa depan lebih baik," katanya.

Beliau berkata atas dasar menjaga hubungan baik antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan, pemimpin juga perlu keluar daripada politik kuno dan dangkal yang tidak berkesudahan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri

2

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

PADU Tingkatkan Pemahaman Kerajaan Terhadap Kesejahteraan Isi Rumah - Penyelidikan MIDF

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga