web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aidilfitri: Had Laju Turun Kepada 80 Km/J, Kenderaan Berat Dilarang Masuki Lebuh Raya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2023 9:19PM

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan yang ketat untuk memastikan pemandu mematuhi peraturan ditetapkan, demi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bersempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba, had laju jalan di seluruh negara diturunkan 10 kilometer sejam (km/j) kepada 80km/j selama empat hari, minggu depan.

Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, serentak itu, kenderaan berat juga dilarang menggunakan jalan raya, khususnya lebuh raya berkuatkuasa pada Khamis dan Jumaat depan, iaitu sebelum Hari Raya serta 24 dan 25 April ini.

Katanya, larangan mengambil kira peningkatan trafik yang ketara khususnya bagi pengguna kenderaan persendirian yang akan pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri. 

“Tujuan utama larangan ini bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barang dengan kenderaan persendirian.

“Perintah penurunan had laju kebangsaan juga akan turut dikuatkuasakan bersama-sama larangan ini. Had laju kenderaan motor diturunkan kepada 80 kilometer sejam (kmj) di seluruh negara,” katanya. 

Had laju jalan di seluruh negara akan diturunkan 10 kmj kepada 80 kmj di seluruh negara, selama empat hari, pada minggu depan. - Gambar oleh Sairien Nafis
Had laju jalan di seluruh negara akan diturunkan 10 kmj kepada 80 kmj di seluruh negara, selama empat hari, pada minggu depan. - Gambar oleh Sairien Nafis

Menurut kenyataan itu lagi, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan yang ketat untuk memastikan pemandu mematuhi peraturan ditetapkan, demi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. 

Jenis kenderaan dilarang bagi empat hari itu itu termasuk lori pembawa dan lori jongket yang berat dengan muatannya melebihi 7,500 kilogram (kg), lori pengangkut rendah, treler tiang, treler pelantar, lori balak, jentera berat beroda, trak tunda dan traktor, yang dilarang berada di atas jalan sepanjang masa. 

Selain itu, lori yang berat muatannya melebihi 7,500 kg yang mengangkut simen, besi, keluli, batu, pasir, tanah, amang, bijih timah, arang batu atau bahan binaan atau bahan galian lain turut dilarang sepanjang tempoh tersebut.

Bagi lori kontena mengangkut barang, lori kargo mengangkut barang elektronik atau elektrik atau bahan industri kimia dari pelabuhan atau lapangan terbang ke kawasan perindustrian di dalam negeri yang sama dan sebaliknya, dibenarkan berada di atas jalan dan menggunakan lebuh raya dari 12 tengah malam hingga 8 pagi. 

Turut dibenarkan sepanjang tempoh itu, lori mengangkut tandan buah kelapa sawit segar, produk kelapa sawit mentah, getah sekerap dan susu getah serta lori kargo tanpa muatan. 

Bagi kren bergerak dan lori pembancuh simen pula, ia dibenarkan dari jam 6 petang hingga 6 pagi dalam jarak 25 km dari tapak pembinaan tertakluk kepada had masa operasi dibenarkan di atas jalan tertentu. - Getaran, 14 April 2023


 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad