web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Mengaku Salah Terhadap 32 Tuduhan Rogol, Lakukan Amang Seksual Terhadap Anak Tiri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2023 5:01PM

Pengajar kelas renang didakwa di dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 32 pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak perempuan tirinya sejak berusia 12 tahun. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Seorang pengajar kelas renang didakwa di dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 32 pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak perempuan tirinya sejak berusia 12 tahun.

“Saya mengaku salah,” kata tertuduh, 37, selepas pertuduhan dibacakan masing-masing 16 pertuduhan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail dan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Mahkamah menetapkan 15 Mei ini untuk menjatuhkan hukuman selepas Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim dan N. Sivashangari memohon tarikh itu untuk mengemukakan fakta kes.

Pihak pendakwaan juga memohon supaya tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin bagi memastikan kehadirannya ke mahkamah.

Lelaki itu yang tidak diwakili peguam dituduh melakukan semua kesalahan tersebut di Taman Maju, Jasin antara Januari 2020 hingga 14 Mac 2023.

Dia menghadapi 11 pertuduhan merogol ketika mangsa berumur 12 tahun di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat dan satu pertuduhan merogol semasa mangsa berumur 16 tahun di bawah Seksyen 376(1) yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Dia juga berdepan lapan pertuduhan melakukan hubungan seks tanpa kebenaran mangsa di bawah Seksyen 377CA Kanun Keseksaan  yang membawa hukuman penjara  maksimum 30 tahun dan sebatan.

Lelaki itu turut didakwa atas 12 pertuduhan melakukan amang seksual mengikut  Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad