Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


KKD Terus Jaga Kebajikan Media - Fahmi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2023 2:34PM

Fahmi Fadzil (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada bekas wartawan Utusan Melayu (M) Bhd, Muhammad Basir Abu Bakar (tiga dari kiri) dan isteri Noor Azlina Jaafar (empat, kiri) pada program Kasih@HAWANA 2023 hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERI KEMBANGAN - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan terus menjaga kebajikan dan memperjuangkan nasib warga media di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata beliau selaku menteri yang dipertanggungjawabkan akan berusaha membantu menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi mereka termasuk bekas petugas media. 

“Satu aspek penting wartawan dan sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) ialah isu kebajikan mereka yang terlibat dalam bidang media dan hari ini kami kunjung dan cuba memahami serba sedikit liku-liku kehidupan isu masalah yang dihadapi dan menyampaikan sumbangan kepada bekas petugas media. 

“Selepas raya nanti pula saya akan bertemu wakil daripada 800 bekas pekerja Utusan yang diberhentikan kerja sebelum ini.

“Saya ingat lagi saya berinteraksi dengan mereka pada 2018 di Parlimen memperjuangkan nasib mereka di Dewan Rakyat dan sekarang saya menjawat jawatan ini jadi ada aspek yang perlu saya teliti tentang kebajikan mereka, isu yang dihadapi adakah telah selesai ataupun apa-apa yang saya boleh bantu ingin saya usahakan,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada bekas wartawan Utusan Melayu (M) Bhd, Muhammad Basir Abu Bakar, 44,  yang menghidap penyakit jantung sempena program sulung Kasih@HAWANA 2023.

Sumbangan yang disampaikan adalah daripada KKD, Pusat Pakaian Hari-Hari, Mydin dan Aeon Big yang antara lain merupakan kelengkapan bagi menyambut Aidilfitri. 

Turut hadir pada program itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha KKD, Mastura Ahmad Mustafa dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin.

Muhammad Basir, antara 800 pekerja Utusan yang diberhentikan sebelum ini pernah memenangi Anugerah Kewartawanan Berita Bahasa Melayu Terbaik pada majlis Hadiah Kewartawanan 2005 anjuran Institut Akhbar Malaysia.

Isteri beliau, Noor Azlina Jaafar, 45, pula merupakan bekas jurufoto Utusan dan berniaga secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan mereka bersama tiga anak selepas kedua-duanya hilang punca pendapatan selepas syarikat akhbar itu menutup operasinya pada 2019.

Justeru semasa lawatan, Fahmi berkata pihaknya akan menyediakan bantuan Internet percuma selama tiga tahun kepada keluarga berkenaan bagi memudahkan urusan perniagaan dan pembelajaran anak mereka. 

“Saya harap ini dapat bantu dan dalam masa sama saya akan minta pihak MDEC untuk bertemu keluarga ini untuk meneliti aspek ekonomi digital yang belum mereka fikirkan untuk mereka ceburi bukan hanya secara dalam talian tetapi ada aspek lain ada keperluan untuk menulis kerana wartawan ini ada bakat yang boleh dimanfaatkan,” katanya.

Program Tanggungjawab Sosial (CSR) Kasih@HAWANA diadakan bagi menyantuni golongan media yang memerlukan bantuan selain mengeratkan ukhuwah sesama pengamal media di negara ini.

Program tersebut yang diadakan sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 pada 29 Mei depan, adalah manifestasi keprihatinan kementerian dan komuniti media dalam menyelami penderitaan dan kesukaran yang dialami golongan berkenaan.

Program Kasih@HAWANA yang dilaksanakan melalui Bernama selaku agensi pelaksana HAWANA 2023 merancang untuk menyantuni wartawan dan petugas media yang memerlukan, sama ada yang masih dalam perkhidmatan mahupun yang telah bersara di seluruh negara. - Bernama

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Pendirian Tak Tetap, Wan Ahmad Fayhsal Digelar Mengkarung

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Harumanis Tiruan Tak Jejas Pasaran Baka Asli Perlis

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 17 jam yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Pegawai Khas Bekas AG Terhadap Rewcastle-Brown

Semasa 1 hari yang lalu

Bunuh Majikan Hamil: Hukuman Mati Pekerja Resort Diganti Penjara 38 Tahun