web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kematian Wanita Dalam Pantang Disebabkan Pendarahan Teruk Di Leher

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2023 9:38PM

Polis mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam kes kematian melibatkan seorang ibu yang sedang berpantang di Kampung Beris Panchor, Bachok, Kelantan semalam. - Gambar tular di media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kes kematian seorang ibu yang sedang berpantang di Kampung Beris Panchor, Bachok, Kelantan semalam diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan.

“Hasil bedah siasat Jabatan Forensik di Hospital Raja Perempuan Zainab II mendapati punca kematian adalah disebabkan pendarahan yang teruk di bahagian leher,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang semalam, seorang wanita berusia 36 tahun ditemui meninggal dunia di bilik tidurnya dengan pisau tertusuk di leher.

Sebelum kejadian, mangsa disedari masuk ke bilik dan mengunci pintu dari dalam, sehingga menimbulkan kebimbangan ahli keluarga.

Adik mangsa berusia 23 tahun yang curiga dengan perlakuan wanita itu, mengintai dari ruang atas bilik untuk melihat keadaan, sebelum terkejut mendapati kakaknya berlumuran darah.

Dia kemudian segera bertindak memecahkan pintu bilik untuk membantu kakaknya.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Klinik Beris Panchor sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas.

Ibu mangsa, Zuraizah Mat, 58, berkata, pada pagi hari kejadian, anaknya itu baru sahaja ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana masalah kesihatan.

Katanya, doktor ada menasihatkan anaknya itu mengambil ubat, tetapi sejak balik ke rumah dia kelihatan tertekan.

Sebelum ini, katanya, mangsa tinggal di Kedah bersama suami dan tiga anak, sebelum pulang ke kampung untuk berpantang.

Jelasnya, suami mangsa yang berada di Kedah turut terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu kerana mereka suami isteri baru sahaja selesai bercakap di telefon.

“Saya terpaksa minta menantu bercakap dengan doktor untuk sahkan anak saya sudah meninggal dunia kerana dia tidak percaya,” katanya. – Getaran, 13 April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad