Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Laporan Mendakwa Hasil Cerapan 1 Syawal 2022 Terbatal Adalah Tidak Benar - JAKIM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2023 8:30PM

JAKIM menegaskan kenyataan bahawa pengisytiharan kenampakan hilal Syawal 1433H, (bersamaan) 2 Mei 2022 di Labuan terbatal adalah amat tidak tepat dan sangat mengelirukan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan, laporan sebuah akhbar bahawa hasil cerapan 1 Syawal yang diraikan pada 2 Mei 2022 tidak sah dan terbatal, adalah tidak benar.

Menurutnya, ia kerana hasil cerapan itu sudah mengikut prosedur ditetapkan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

JAKIM memaklumkan, pada petang 29 Ramadan 1443 (2022), anak bulan berjaya dikesan melalui teleskop seorang daripada ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan Labuan dan imej diperoleh itu, sudah disemak jawatankuasa berkenaan.

“Selain itu, kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang merupakan ahli jawatankuasa terbabit juga dapat mencerap hilal melalui peralatan teodolit.

“Imej diperoleh kemudiannya disahkan Ketua Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Labuan yang bertugas pada petang tersebut dan dilaporkan kepada Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan yang berada di lokasi cerapan rasmi Menara Kuala Lumpur,” katanya menerusi kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi merujuk laporan Utusan Malaysia bertajuk ‘Cerapan Anak Bulan Lebih Ketat Dan Teliti' yang disiarkan hari ini.

Selain itu, JAKIM berkata, kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang juga ahli jawatankuasa tersebut turut dapat mencerap hilal melalui peralatan teodolit.

Jelasnya, satu perbincangan khusus kemudian dilaksanakan Sahibus Samahah Mufti bersama pakar falak dan Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan, bagi mengesahkan imej diperoleh dengan membandingkan data hilal disediakan sebelum keputusan menerima kenampakan tersebut dibuat.

“Kenampakan hilal tersebut kemudiannya dilaporkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia untuk diperkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka baginda Yang Di-Pertuan Agong,” katanya.

Pada masa sama, JAKIM memaklumkan, tempoh cerapan hilal yang agak lama, iaitu 27 minit dan keadaan cuaca baik membantu kepada proses cerapan serta peluang kenampakan hilal.

Umur hilal yang mencecah 15 jam 28 minit juga, katanya, menunjukkan bahawa lebar sabit hilal adalah lebih matang dan peluang kenampakan ketika itu semakin cerah.

Oleh kerana peluang kenampakan hilal pada ketika itu adalah 50/50, ujarnya, perkara berkenaan dibincangkan dan diberi perhatian oleh Jawatankuasa Falak Wilayah Persekutuan dipengerusikan Sahibus Samahah Mufti Wilayah, supaya segala kemungkinan terbabit, diberi perhatian sewajarnya.

“JAKIM juga menyangkal laporan artikel berkenaan yang menyatakan bahawa kenampakan hilal Syawal 1443H tidak direkodkan dalam laman sesawang Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

“Kenyataan itu adalah tidak benar kerana semakan JAKIM di laman sesawang Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mendapati, rekod tersebut boleh diakses di pautan https://www.majlisraja-raja.gov.my/ms/cerapan-anak-bulan.

“Sehubungan itu, kenyataan bahawa pengisytiharan kenampakan hilal Syawal 1433H, (bersamaan) 2 Mei 2022 di Labuan terbatal adalah amat tidak tepat dan sangat mengelirukan,” katanya.

Mengulas lanjut, JAKIM berkata, semua pihak disaran berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan atau sebarang kandungan berkaitan isu penetapan tarikh 1 Syawal, supaya tidak berlakunya kegusaran dan polemik yang boleh menjurus kepada ketidaktenteraman awam.

“Masyarakat juga dinasihat mendapatkan maklumat daripada sumber sahih dan berautoriti, sebelum mengeluarkan sebarang komen.

“JAKIM menyeru kepada masyarakat awam supaya menghentikan sebarang polemik dan menunggu hasil keputusan cerapan Syawal 1444H yang akan diisytiharkan pada malam 29 Ramadan 1444H/20 April 2023 oleh Penyimpan Mohor Besar Raja Malaysia,” katanya. – Getaran, 13 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Bekalan Bahan Mentah Mencukupi Sepanjang Syawal - KPKM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rumah Terbuka: 'Ziarah Terdidik' Elak Penularan COVID-19

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Aura Hero Remaja! Netizen Tak Keruan Lihat Nadhir Nasar Berbaju Melayu Beli Ais Di Hari Raya

4

Kisah Kita 1 tahun yang lalu

Dibalik Tirai Besi, Bekas Ustazah Rindu Anak Terkenang Syawal

Sorotan

1

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

2

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

3

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

4

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

5

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

6

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Semua 7 Suspek Warga Tempatan – ΚΡΝ

Semasa 1 hari yang lalu

Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM Tak Langgar Undang-Undang, Kata LFL

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 2 jam yang lalu

Blockout 2024: Jangan Terlalu Ekstrem - Menteri

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 Individu Termasuk Warga Singapura Direman  7 Hari