web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Disyaki Buat Hantaran Jelik, Hina Institusi Diraja Ditahan Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2023 7:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang dipercayai membuat hantaran jelek berbaur penghinaan terhadap institusi beraja di media sosial, ditahan polis semalam.

Menurut Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, suspek berusia 42 tahun itu, ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh.

Katanya, lelaki itu yang juga pemilik akaun Facebook bernama Raja Hairun, disyaki membuat hantaran terbabit menerusi media sosial berkenaan.

“Permohonan reman terhadap suspek di bawah seksyen 117 kanun tatacara jenayah akan dibuat 13 April (hari ini) di lokap berpusat Kuala Lumpur.

“Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Noorsiah berkata, masyarakat dinasihatkan agar sentiasa menghormati institusi beraja kerana ia dijamin Perlembagaan demi menjaga kestabilan negara, bangsa dan agama.

“Mana-mana individu atau pihak yang didapati dengan sengaja mengeluarkan sebarang kenyataan menghina dan memperlekeh institusi beraja, akan diambil tindakan tegas,” katanya. - Getaran, 13 April 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tetap Solat Walaupun Tangan Diikat

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Angkara Aksi Drift, Lelaki Ditahan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

5 Ditahan Pukul Lelaki Hingga Maut Di Semenyih

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

3 Pelajar Ditahan Selepas Rakam Aksi Samun

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam